Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah buat guru maut kebakaran di taska Brazil

-

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Michel Temer kelmarin memberi penghormat­an kepada seorang guru sekolah bimbingan kanak- kanak yang terkorban ketika cuba menyelamat­kan kanak-kanak daripada kebakaran yang dimulakan dengan sengaja oleh seorang pengawal keselamata­n, di mana sembilan terkorban.

Temer menganuger­ahkan ‘National Order of Merit’ kepada Heley de Abreu Silva Batista, yang menyerahka­n nyawanya sendiri untuk menyelamat­kan nyawa murid- muridnya, pejabat presiden menyebut dalam satu kenyataan.

Batista, 43, berkata di sekolah bimbingan kanakkanak berkenaan di Janauba, sebuah bandar kecil kira-kira 600 kilometer dari ibu negeri Minas Gerais.

Pad Khamis lepas, pengawal keselamata­n terbabit, yang pihak berkuasa dakwa mengalami masalah mental, masuk dan menyembur pelajar dengan alkohol sebelum bertindak membakar bangunan.

Guru itu dan lapan kanakkanak maut, begitu juga pengawal terbabit.

Seramai 40 lagi menerima rawatan di hospital.

Batista dilaporkan bergelut dengan pengawal itu dan membantu mengeluark­an kanak-kanak.

“Dia menunjukka­n keberanian dan heroisme yang menyentuh semua orang,” kata Temer.

Datuk Bandar Janauba telah mengumumka­n perkabunga­n selama tujuh hari sejak tragedi tersebut yang merupakan antara yang terburuk seumpamany­a melibatkan jenayah khianat api di negara tersebut. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MARAK: Kebakaran besar memusnahka­n sebuah pusat beli-belah di pinggir Moscow, kelmarin.
— Gambar AFP MARAK: Kebakaran besar memusnahka­n sebuah pusat beli-belah di pinggir Moscow, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia