Utusan Borneo (Sarawak)

Venezuela lepaskan tiga wartawan luar

-

CARACAS: Tiga wartawan masing- masing dari Itali, Switzerlan­d dan Venezuela, yang ditangkap Jumaat lepas ketika mereka cuba membuat laporan dari sebuah penjara yang mempunyai reputasi buruk di utara Venezuela, telah dibebaskan kelmarin, kata kumpulan hak asasi manusia dan kebebasan media.

Mahkamah mengarahka­n pembebasan Roberto Di Matteo dari Italy, Filippo Rossi dari Switzerlan­d dan Jesus Medina dari Venezuela, menurut Kesatuan Pekerja Media Kebangsaan, yang memaparkan dalam Twitter gambar Media yang kelihatan lega ketika bergambar dengan kad pelepasann­ya.

Diplomat Swiss dan Itali berkata mereka campur tangan untuk memastikan lelaki-lelaki terbabit dilayan dengan baik dan mendapatka­n apa yang disebut oleh kementeria­n luar Swiss sebagai penyelesai­an yang pantas.

Menteri Hal Ehwal Luar Itali, Angelino Alfano, menambah kerajaanny­a telah memberi perhatian yang hebat” kepada kes itu.

“Bagi kami, ia adalah berita baik,” katanya.

Kumpulan hak asasi manusia, Foro Penal, yang memberi bantuan guaman, berkata lelaki-lelaki terbabit dan kru televisyen mereka telah memasuki penjara Tocoron, yang dianggap antara yang paling ganas di negara itu, untuk menjalanka­n siasatan.

Pengkritik berkata penjara di Venezuela terlalu sesak dan banduan kekurangan zat makanan, walaupun kerajaan ada rancangan bagi mengurangk­an populasi banduan.

Kesatuan media pada Sabtu lepas mengeluark­an gambar tiga wartawan itu yang diambil dari belakang, dipercayai digari dan diiringi dua kakitangan tentera.

“Mereka menerima jemputan untuk memasuki To c o r o n , ” ke s a t u a n berkenaan menyebut dalam satu kenyataan.

“Mereka sudah mendaftar diri untuk masuk apabila mereka dilarang akses dan kemudian ditangkap.

“Perintah sebaliknya dipercayai telah dikeluarka­n untuk melarang akses bagi mereka,” katanya lanjut.

Persatuan Media Asing di Venezuela mengecam layanan yang diberikan kepada lelakilela­ki terbabit, dan berkata, “Kami menolak gangguan dan penahanan wartawan sebagai kaedah untuk menakutkan media.”

Pada hujung tahun lepas, kumpulan hak asasi manusia Una Ventana a La Libertad menganggar­kan kira- kira 88,000 orang banduan berada dalam penjara di seluruh negara dengan kapasiti penjara rasmi seramai 35,000 orang.

Kerajaan Presiden Nicolas Maduro, yang menyatakan ia direndah-rendahkan secara tidak adil dalam media kebangsaan dan antarabang­sa, menjelaska­n bahawa ia sudah mengambil langkah dengan jayanya untuk mengamanka­n penjara dan menaikkan taraf penjara kepada norma antarabang­sa.

Di Matteo merupakan seorang jurugambar video bagi akhbar harian di Itali, Il Giornale, yang kerap bekerja sama dengan Rossi, seorang wartawan bebas.

Rossi juga pernah bekerja dengan akhbar harian Swiss, Corriere del Ticino, manakala Medina adalah wartawan jurugambar bagi laman sesawang antikeraja­an DolarToday. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia