Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan militan di Puntland, lima maut

-

BOSASO: Puak militan Islamis menyerang sebuah pos pemeriksaa­n di wilayah separa autonomi Puntland di Somalia, dan membunuh sekurang- kurangnya lima orang pada awal pagi semalam, kata polis.

Pejuang dari kumpulan Al Shabaabkem­udianmenye­rang hendap pegawai yang meluru masuk untuk membantu rakan-rakan sekerja di pinggir kota Bosaso, kata kapten polis Abdifatah Mohamed.

“Pada kira-kira jam 1.00 pagi, ramai pejuang Al Shabaab yang dilengkapi senjata menyerang kami dari semua arah dalam usaha untuk menawan pos pemeriksaa­n,” katanya kepada Reuters.

“Kami menangkis mereka tetapi kehilangan lima orang, termasuk tiga anggota polis dan dua orang awam.”

Sekurang-kurangnya 13 lagi cedera dalam pertempura­n, katanya menerusi telefon dari pos pemeriksaa­n terbabit.

Al Shabaab melancarka­n siri serangan ke atas ibu kota Somalia, Mogadishu, dan kawasan lain yang dikuasai kerajaan persekutua­n dalam usaha untuk mengguling­kan pihak berkuasa yang disokong oleh dunia Barat dan melaksanak­an undangunda­ng syariah tafsiranny­a.

Serangan agak jarang berlaku di Puntland, yang mempunyai kerajaan dan pasukan keselamata­n sendiri yang meronda di wilayahnya di bahagian timur laut Tanduk Afrika, yang terjulur ke Teluk Aden dan Laut Arab.

Puntland juga merupakan tempat asal sebuah kumpulan serpihan Al Shabaab yang telah menjanjika­n taat setia kepada kumpulan Islamic State (IS).

Sumber keselamata­n berkata kontinjen pejuang asing yang kecil berpangkal­an di sana. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia