Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi tragedi lemas babit Rohingya

Kali ini 12 maut, kebanyakan­nya kanak-kanak, apabila bot lebih muatan karam

-

COX’S BAZAR: Sekurangku­rangnya 12 terkorban dan puluhan lagi hilang semalam setelah sebuah bot yang sarat dengan pelarian Rohingya, kebanyakan­nya kanakkanak, karam dalam tragedi terbaharu yang melanda mereka yang melarikan diri dari keganasan di negeri Rakhine, Myanmar.

Pegawai pengawal pantai dan pengawal sempadan berkata, bot itu membawa penumpang berlebihan kirakira 100 orang ketika ia tenggelam lewat kelmarin di muara Sungai Naf yang memisahkan Myanmar dari Bangladesh.

Pe g a w a i Pe n g a w a l Sempadan Bangladesh (BGB) Abdul Jalil memberitah­u AFP, 12 mayat sudah dijumpai selepas operasi menyelamat dijalankan sepanjang malam, dan mereka termasuk 10 kanak-kanak, seorang wanita warga emas dan seorang lelaki.

Pemerintah pengawal pantai kawasan Alauddin Nayan berkata bot terbabit terbalik dekat perkampung­an pantai Galachar dengan hampir 100 orang penumpang.

Dia berkata kira-kira 40 orang dalam bot itu adalah orang Muslim Rohingya dewasa yang meninggalk­an kampung mereka di Rakhine.

“Bakinya adalah kanakkanak,” katanya.

Bot pengawal pantai menyelamat­kan 13 orang Rohingya termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak selepas pencarian di muara Sungai Naf, kata Jalil.

Memandangk­an bot terbalik dekat bahagian sempadan Myanmar, Jalil berkata kebanyakan mereka mungkin telah berenang ke pantai Rakhine.

Pengawal pantai berkata bot itu tenggelam kira-kira jam 10.00 malam ( waktu tempatan).

Media tempatan memetik seorang mangsa yang selamat sebagai berkata kapal itu karam disebabkan oleh ombak tinggi dan cuaca buruk.

Hampir 520,000 Muslim Rohingya sudah lari dari negeri Rakhine dan pergi ke Bangladesh sejak hujung Ogos lalu, kebanyakan­nya berjalan selama berhari-hari menerusi hutan tebal sebelum mereka melakukan perjalanan bot yang berbahaya menyeberan­gi Sungai Naf.

Kira- kira 150 orang Rohingya, kebanyakan­nya kanak-kanak, sudah lemas ketika mereka cuba sampai ke Bangladesh dalam bot-bot nelayan kecil dan goyah yang pengawal pantai kata tidak sesuai sama sekali untuk laut yang bergelora.

Pada minggu lepas, lebih 60 pelarian Rohingya dikhuatiri maut selepas sebuah bot yang membawa mereka dari Myanmar karam dalam cuaca buruk di Teluk Bengali di perairan pantai Bangladesh.

Mayat 23 orang dikeluarka­n, tetapi bilangan kematian dijangka akan meningkat, di mana kebanyakan mangsa yang maut kemungkina­n kanak-kanak kecil yang terlalu lemah untuk berenang dalam air yang berpusar deras.

Krisis pelarian ini meletus selepas serangan puak militan Rohingya ke atas pos polis Myanmar pada 25 Ogos lalu mencetuska­n tindak balas tentera yang kejam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kempen tentera itu mungkin sama seperti “pembersiha­n etnik” manakala ketua tentera Myanmar menyalahka­n masyarakat Rohingya bagi pergolakan yang berlaku.

Kerajaan Myanmar, sebuah negara majoriti penganut agama Buddha, enggan mengiktira­f kaum Rohingya sebagai sebuah kumpulan etnik yang berbeza dan menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

Walaupun keganasan terburuk dipercayai sudah reda, keadaan tidak selamat, kekurangan makanan dan ketegangan dengan jiran beragama Buddha masih mendorong ribuan orang Rohingya untuk melakukan perjalanan yang meletihkan ke Bangladesh.

Bangladesh menyukarka­n lagi perjalanan itu dengan mengambil tindakan ke atas bot yang membawa pelarian menyeberan­gi Sungai Naf.

Pi h a k be r k u a s a memusnahka­n sekurangku­rangnya 30 buah kapal nelayan kayu dengan juragan yang dituduh menyeludup orang Rohingya dan dadah ke dalam negara itu.

Geng pemilik bot, kru dan nelayan mengenakan bayaran setinggi AS$250 (RM1,075) seorang bagi perjalanan selama dua jam yang biasanya menelan belanja hanya AS$5 (RM22). — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MEMILUKAN: Kanak-kanak Rohingya yang lemas apabila bot mereka karam dalam perjalanan ke Bangladesh, dikebumika­n berhampira­n lokasi penemuan mayat mereka di Shah Porir Dwip, Teknaf semalam.
— Gambar Reuters MEMILUKAN: Kanak-kanak Rohingya yang lemas apabila bot mereka karam dalam perjalanan ke Bangladesh, dikebumika­n berhampira­n lokasi penemuan mayat mereka di Shah Porir Dwip, Teknaf semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia