Utusan Borneo (Sarawak)

Olah ubat kanser dalam telur

-

TOKYO: Penyelidik Jepun telah mengolah genetik ayam yang mengeluark­an telur yang mengandung­i ubat yang dapat menentang penyakit serius termasuk kanser, dalam usaha untuk mengurangk­an dengan dramatik kos rawatan, kata satu laporan semalam.

Ji k a sa i n t i s da p a t menghasilk­an dengan selamat ‘interferon beta’, protein yang digunakan untuk merawat penyakit termasuk ‘multiple sclerosis’ dan hepatitis, dengan menternak ayam itu, harga ubat itu yang kini setinggi 100,000 yen (RM3,818) bagi beberapa mikrogram, dapat direndahka­n dengan ketara, menurut edisi Inggeris akhbar Yomiuri Shimbun.

Penyelidik di Institut Teknologi dan Sains Perindustr­ian Maju Kebangsaan (AIST) di wilayah Kansai melancarka­n pr o s e s it u de n g a n memperkena­l gen yang menghasilk­an ‘ interferon beta’ ke dalam sel penerima sperma ayam, lapor akhbar.

Me r e k a ke m u d i a n menggunaka­n sel ini untuk menyuburka­n telur dan mencipta ayam yang mewarisi gen itu yang bermakna ayamayam itu dapat mengeluark­an telur yang mengandung­i agen menentang penyakit.

Saintis berkenaan kini mempunyai tiga ekor ayam dengan telur yang mengandung­i ubat itu, dan ayam-ayam tersebut bertelur hampir setiap hari, kata laporan itu.

Penyelidik terbabit merancang untuk menjual ubat itu kepada syarikat farmaseuti­kal, mengurangk­an harganya kepada separuh, supaya firma terbabit dapat menggunaka­nnya terlebih dahulu sebagai bahan penyelidik­an, kata akhbar berkenaan.

Pengguna mungkin perlu menunggu dahulu, kerana Jepun mempunyai peraturan yang ketat berhubung pengenalan produk farmaseuti­kal baharu atau asing, dengan proses penapisan yang biasanya memakan masa bertahunta­hun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia