Utusan Borneo (Sarawak)

Jatuh dalam api, wanita Perancis melecur teruk

-

SYDNEY: Seorang pelancong dari Perancis yang dilaporkan mengambil dadah yang menyebabka­n halusinasi mengalami kelecuran serius hampir separuh tubuhnya apabila tiga kali terjatuh ke dalam unggun api, kata pegawai Australia semalam.

Wanita itu menghadiri pesta muzik ‘ Mushroom Valley’ di pantai timur Australia apabila merayauray­au ke dalam belukar di tapak perkhemaha­n lain, menurut Jabatan Penyelamat Helikopter Queensland Tengah.

“Wanita berusia 21 tahun itu kelecuran serius pada kaki, badan dan lengannya selepas tiga kali terjatuh ke dalam unggun api,” jelas mereka mengenai insiden hujung minggu dekat bandar Yalboroo.

“Dia juga luka serius pada lengan dan kakinya akibat pagar dawai berduri.”

Wanita itu, yang tidak dinamakan, dibawa balik ke tapak pesta oleh peserta perkhemaha­n dan dihantar dengan helikopter ke hospital berdekatan dengan kelecuran serius pada 40 peratus badannya, kata jabatan.

Akhbar tempatan Mackay Daily Mercury berkata, mangsameng­ambildadah­yang menyebabka­n halusinasi.

Penganjur pesta berkata, kira-kira 1,500 menghadiri acara tiga hari itu, tanpa sebarang insiden besar lain.

“Keselamata­n pengunjung pesta sentiasa menjadi keutamaan kami dan segala usaha sedang dibuat untuk mewujudkan ruang perhimpuna­n yang selamat, maka itu kami kecewa apabila insiden seperti ini berlaku,” menurut penganjur.

Laman Facebook pesta itu mengumumka­n ‘ tiada dadah’ di tapak itu dan turut menawarkan ujian arak dan dadah bagi pengunjung sebelum memandu pulang.

Di Amerika Syarikat bulan lalu, seorang lelaki mati selepas melanggar perintang keselamata­n dan meredah api semasa pesta ‘Burning Man’ di Nevada. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia