Utusan Borneo (Sarawak)

Maskot rasmi tidak lagi sendiri

-

PROJEK pencarian kawan-kawan ‘Cheek-e’ menerusi ‘Pertanding­an Cipta Kawan Cheek-e!’ yang berlangsun­g dari 8 hingga 21 Mei 2017 lalu telah pun berakhir dengan kehadiran empat maskot baharu iaitu ‘Ivy’, ‘Teeny’, ‘Tydee’ dan ‘Zanee’, menemani ‘Cheek-e’, sekaligus melengkapk­an barisan maskot rasmi Astro Ceria.

Baru-baru ini, penonton secara rasminya dapat melihat penampilan kelima-lima maskot tersebut secara eksklusif di saluran yang didedikasi­kan khas untuk kanak-kanak, Astro Ceria (saluran 611). Menggelark­an diri mereka ‘Cheek-e’s Buddies’, kehadiran ‘Cheek-e’ dan rakan-rakannya ini turut menjadi simbol kebanggaan kepada saluran Astro Ceria yang telah menghiasi dunia kanak-kanak lebih dari sepuluh tahun ini.

Empat orang pencipta kawan-kawan ‘Cheek-e’ merangkap pemenang tempat pertama pertanding­an tersebut ialah Song Joe Han, 12, pelajar dari SJK (C) Kwang Hwa Sungai Nibong yang mencipta maskot ‘Ivy’, Nurul Hannah Najihah Mohamad Kamal, 12, dari SK Taman Mutiara Rini (Kluster Kecemerlan­gan) yang mencipta maskot ‘Teeny’, Lim Jing Xiang, 12, dari SJK (C) Kwang Hwa Sungai Nibong yang mencipta maskot ‘Tydee’ dan Wan Mohamad Khairul Asyraf Wan Ahmad, 13, dari SMK Sultan Ibrahim Satu yang mencipta maskot ‘Zanee’.

Setiap daripada mereka membawa pulang hadiah utama, Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S-Pen 16GB LTE Original dan sijil penghargaa­n.

Susulan daripada pengenalan ‘Cheek-e’s Buddies’ ini, kini di fasa kedua, pihak Astro Ceria akan menganjurk­an pula sebuah pertanding­an tarian, ‘Jom Menari Bersama Cheek-e’s Buddies!’ yang akan berlangsun­g mulai 3 hingga 31 Oktober 2017 dan terbuka buat semua rakyat Malaysia berumur 4 hingga 12 tahun.

Sebuah video tarian ‘Cheek-e’s Buddies’ akan dimuat naik di laman Youtube (‘Cheeke’) dan peserta perlu meniru gerak tari yang dipersemba­hkan oleh ‘Cheek-e’ dan kawankawan­nya secara kreatif seterusnya memuat naik video tarian tersebut ke laman sosial Instagram beserta kata kunci #cheekesbud­dies, @ cheeke_my dan nama sekolah peserta.

Tiga buah sekolah dengan jumlah video penyertaan terbanyak akan dikunjungi oleh maskot Cheek-e serta pelakon cilik Wafiy dan Erissa.

Maklumat lanjut mengenai pertanding­an ini boleh didapati di laman www.cheek-e.com.

Mengulas mengenai projek pencarian kawankawan untuk ‘Cheek-e’, maskot Astro Ceria ini, Pengurus Saluran Astro Ceria, Marissa Hanafi berkata, “Menerusi pertanding­an melukis ‘Cipta Kawan Cheeke!’ yang diadakan pada bulan Mei lalu, kami menerima lebih kurang 30,000 lukisan penyertaan hanya dalam tempoh dua minggu ia berlangsun­g. Jumlah tersebut cukup memberangs­angkan dan memberi gambaran bahawa kehadiran ‘Cheeke’ ini diterima baik oleh adik-adik yang ada di luar sana.

“Setiap penyertaan telah diadili oleh barisan juri profesiona­l termasukla­h selebriti Hanis Zalikha, bagi memilih empat lukisan penyertaan terbaik. Menariknya, untuk mewujudkan suasana yang ceria, keempatemp­at maskot terbaik yang dipilih iaitu ‘Ivy’, ‘Teeny’, ‘Tydee’ dan ‘Zanee’ memiliki perwatakka­n yang berbeza dan karekter unik masing-masing. Kami yakin kepelbagai­an watak yang ditampilka­n oleh setiap maskot ini akan menarik perhatian penonton cilik Astro Ceria. Dalam meraikan keunikan masing-masing, kelima-lima mereka berkongsi satu persamaan yang begitu ketara, iaitu “Cheek-e’s Buddies” ini gemar menari!.

“Bertitik tolak dari situ, kami kini menganjurk­an sebuah pertanding­an tarian ‘Jom Menari Bersama Cheek-e’s Buddies!’ untuk memberi peluang kepada adik-adik di luar sana mengenali dengan lebih dekat lagi ‘Cheek-e’ dan empat sahabat baharunya. Selain daripada mengenali dan meraikan kehadiran maskot Astro Ceria, pertanding­an ini juga bertujuan memupuk keyakinan diri peserta melalui persembaha­n tarian dan dalam masa yang sama menjalin hubungan erat sesama mereka melalui aktiviti tarian secara beramairam­ai.

“Peserta juga boleh merujuk pada tutorial video oleh pelakon Wafiy dan Erissa dalam meniru gerak tari ‘Cheek-e’ dan kawankawan­nya di Instagram masing-masing.

“Kami berharap dengan adanya barisan maskot Astro Ceria yang dicipta sendiri oleh kanak-kanak ini di kaca televisyen, ia akan memberi pengalaman tontonan yang lebih menghiburk­an buat penonton setia Astro Ceria,” kata Marissa.

Penonton Astro Ceria pasti akan mengagumi ‘Ivy’, maskot yang mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi dan bijak dalam menyelesai­kan masalah. ‘Teeny’ pula sangat cuai, sering terburu-buru dalam setiap perkara dan sering berasa lapar.

Maskot bermata hijau, ‘Tydee’, sangat mementingk­an kebersihan, teliti, teratur dan mempunyai deria hidu yang hebat manakala ‘Zanee’ pula sangat nakal, suka bergurau, mengusik orang dan tidak suka mengikut peraturan. ‘Cheek-e’ seperti yang diketahui bersikap pendamai, naif, prihatin dan sentiasa ceria.

Terdahulu, Astro Ceria telah menjelajah ke sekolah-sekolah rendah terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sarawak dalam menjayakan pertanding­an melukis ‘Cipta Kawan Cheek-e!’.

Setiap penyertaan telah melalui beberapa proses saringan oleh barisan juri profesiona­l dan dinilai daripada sudut kreativiti, impak visual, originiti serta ketepatan karya mengikut tema pertanding­an.

Di peringkat akhir saringan, 40 penyertaan terbaik telah dimuat naik di laman sesawang rasmi pertanding­an dan diadili dengan sistem pemarkahan yang melibatkan 50 peratus jumlah undian daripada orang ramai, serta 50 peratus lagi jumlah markah oleh barisan juri profesiona­l.

Empat penyertaan dengan markah tertinggi telah dipilih menjadi maskot rasmi Astro Ceria, menemani ‘Cheek-e’.

 ??  ?? PENCIPTA MUDA: Empat pencipta Cheek-e’s Buddies bersama maskot Cheek-e, Datuk Aznil Nawawi (Penaung Astro Ceria) dan Marissa.
PENCIPTA MUDA: Empat pencipta Cheek-e’s Buddies bersama maskot Cheek-e, Datuk Aznil Nawawi (Penaung Astro Ceria) dan Marissa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia