Utusan Borneo (Sarawak)

Garis panduan reka bentuk bangunan tahan gempa

Langkah minimumkan impak, persediaan hadapi bencana

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah dan Jabatan Standard Malaysia (JSM) semalam menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi penyediaan garis panduan serta pembanguna­n Standard Malaysia (MS) untuk kod reka bentuk bangunan tahan gempa bumi, di sini.

MoU berkenaan ditandatan­gani Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus bagi pihak kementeria­n, manakala JSM diwakili Ketua Pengarahny­a Datuk Fadilah Baharin dengan disaksikan Menteri KKTP Datuk Hajiji Noor serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Madius Tangau.

MoU tersebut merupakan inisiatif kerajaan meminimumk­an impak gempa bumi serta persediaan menghadapi bencana itu pada masa akan datang.

Pada masa sama, ia juga sebagai langkah memastikan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada 2015 yang mengorbank­an banyak nyawa dan memusnahka­n harta benda, tidak berulang.

Berucap pada majlis itu, Hajiji berkata kerjasama dengan agensi di bawah Mosti itu diharap dapat meningkatk­an lagi ketersedia­an Sabah terhadap ancaman gempa bumi selain memperkasa kesedaran rakyat tentang perkara harus dilakukan sebelum, semasa dan selepas bencana.

“Saya berharap usahasama antara kedua-dua pihak dapat diperhebat dalam menyediaka­n garis panduan (bangunan tahan gempa bumi) bagi menjadikan Sabah negeri selamat menerusi perancanga­n pembanguna­n sistematik, terancang dan berdaya tahan terhadap bencana gempa bumi.

“Ini bagi memastikan impak positif terhadap kualiti dan keselamata­n kehidupan rakyat Sabah pada jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, Madius berkata sudah tiba masanya kerjasama antara Mosti menerusi JSM dan kementeria­n serta agensi berkaitan di Sabah dipereratk­an bagi memastikan MS dikuatkuas­akan melalui peraturan, kod pembinaan serta garis panduan bangunan.

Beliau berkata sesuatu standard yang dibangunka­n itu tidak akan bermakna jika tiada pihak menggunaka­nnya, justeru beliau menggesa pihak berwajib dapat menguatkua­sakan penggunaan standard berkenaan kelak supaya ia dapat dioptimumk­an.

Setakat ini, Madius berkata Mosti meluluskan MS EN 1998-1:2015 yang mengguna pakai secara terus standard Eropah iaitu Eurocode 8 ‘ Design of Structures for Earthquake Resistance – Part 1: General Rules, Seismic Actions and Rules for Buildings’ pada Ogos 2015.

Beliau berkata satu lagi standard kini dalam peringkat draf akhir dan dijangka diluluskan pada penghujung Oktober ini iaitu ‘Malaysia National Annex to MS EN 19981:2015, Eurocode 8: ‘Design of Structures for Earthquake resistance - Part 1: General rules, seismic actions and rules for buildings’.

“MS ini menyediaka­n garis panduan reka bentuk struktur bangunan yang tahan kepada gempa bumi. Ia amat penting kerana kebanyakan struktur bangunan di Malaysia khususnya di Sabah tidak direka bentuk dan dibina untuk menahan gegaran gempa bumi,” katanya. — Bernama

 ??  ?? JUARA: Yeo (tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli pasukan FACM UCSF yang muncul johan Pertanding­an Rekaan Kiosk 2017.
JUARA: Yeo (tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli pasukan FACM UCSF yang muncul johan Pertanding­an Rekaan Kiosk 2017.
 ??  ?? MEMBIMBANG­KAN: Liew akui terkejut apabila mendapat tahu 30 daripada 40 orang yang diperiksa di salah sebuah pusat hiburan terlibat, disyaki positif dadah.
MEMBIMBANG­KAN: Liew akui terkejut apabila mendapat tahu 30 daripada 40 orang yang diperiksa di salah sebuah pusat hiburan terlibat, disyaki positif dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia