Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji semula syarat pengeluara­n lesen operasi pusat hiburan

-

TAWAU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dirayu mengkaji semula syarat pengeluara­n lesen operasi premis pusat hiburan kerana dikhuatiri disalah guna sebagai pusat jual-beli dadah.

Pengerusi Jawatankua­sa Rawatan dan Pemulihan (JKPD) Tawau Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah percaya wujud kecenderun­gan pusat hiburan disalah guna ataupun dieksploit­asi.

“Sudah tiba masanya dikaji semula, sebagai langkahlan­gkah pencegahan dadah daripada terus menular,” ka- tanya selepas mengikuti Ops Bersepadu AADK Tawau, di sini pada Ahad.

Operasi bersepadu itu dijalankan di dua premis hiburan diketuai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau dan turut disertai Imigresen, Kastam serta petugas media.

Menyentuh operasi itu, Liew berpuashat­i dengan pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan sepanjang Ops Bersepadu AADK itu dijalankan.

“Saya selalu menerima maklumat kononnya operasi yang sering dijalankan penguat kuasa tidak mengikut SOP ditetapkan, namun dalam operasi ini saya berpuas hati,” katanya.

Namun, beliau juga mengaku turut terkejut dengan jumlah suspek penagih dadah yang ditahan kerana terlalu besar walaupun operasi itu hanya dijalankan di dua premis sahaja.

Untuk rekod, operasi bersepadu berkenaan dijalankan di Batu 3 Jalan Apas dan Batu 1 Jalan Kuhara antara jam 12.30 tengah malam sehingga 3.30 pagi selama tiga jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia