Utamakan perpaduan masyarakat Cina di Sarawak
Wong seru agar sikap politik lebih bertanggungjawab dipertingkat demi perpaduan masyarakat Cina di negeri ini
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh menyeru agar sikap politik yang lebih bertanggungjawab dapat dipertingkatkan dalam usaha menjadikan masyarakat Cina di Sarawak bersatu.
Katanya masyarakat Cina di bandar juga perlu melakukan pemikiran semula ke arah merealisasikan matlamat ini.
Wong yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E- Perdagangan dan Menteri Kewangan Kedua berkata tidak ada masa untuk melancarkan retorik untuk masyarakat sekarang.
Sebaliknya memerlukan tanggungjawab dan kolektif bersama semua kumpulan masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
“Tetapi sejauh mana kita dapat menyelesaikan masalah jika kita bergantung kepada sikap kita sendiri, kita perlu positif dan pragmatik.
“Malah tidak mengelak daripada mereka, melalui kerjasama tidak konfrontasi, komitmen dan penyertaan yang kuat,” katanya.
Wong berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Festival Kek Bulan UPP yang turut dihadiri kira-kira 500 orang di KTS Garden di sini, malam
Tetapi sejauh mana kita dapat menyelesaikan masalah jika kita bergantung kepada sikap kita sendiri, kita perlu positif dan pragmatik. Dato Sri Wong Soon Koh Presiden UPP
kelmarin.
Mengulas lanjut, Wong berkata ketidakupayaan komuniti Cina untuk menjalin persetujuan mengenai isu-isu politik dan hala tuju yang sama akan memburukkan lagi keadaan bagi masyarakat ini kecuali langkah-langkah segera diambil untuk mencapai perpaduan politik yang lebih besar.
Justeru, untuk mencapai ukuran konsensus politik, katanya orang Cina akan terdedah kepada keberkesanan perpaduan masyarakat lain.
Menurutnya, amalan sekarang yang memecah sokongan politik Cina di kalangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), UPP, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan lainlain tidak memberi kebaikan kepada masyarakat Cina.
“Sikap politik yang lebih bertanggungjawab diperlukan, mengiktiraf masyarakat berbilang kaum dan agama.
“Masyarakat Cina memerlukan politik yang sebenar, keberanian dan keinginan politik yang kuat, maka kita perlu berusaha mencapai matlamat demi kebaikan bersama agar terus bersatu dan kuat, atau mengalami perpecahan,” katanya.
Menurut Wong, tahun 2017 adalah penting dalam sejarah perkembangan Sarawak kerana ia menandakan permulaan era di bawah kepimpinan baharu.
“Kerajaan baharu kita sekarang diketuai oleh seorang pemimpin yang berkemampuan dan berdedikasi, kerana sepanjang setahun setengah beliau (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) bertugas sebagai Ketua Menteri, beliau telah membuktikan keazaman un- tuk membawa pembangunan Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.
“Terutama melalui penubuhan dasar ekonomi digital, dengan memulakan beberapa inisiatif dan program untuk memperluaskan asas ekonomi untuk membawa transformasi ekonomi yang lebih besar dan cepat,” katanya.
Wong menegaskan UPP akan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dan akan memberinya sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi melonjakkan ekonomi Sarawak.
Beliau mengakui bahawa tugas membina masa depan yang lebih baik adalah tanggungjawab kolektif setiap warganegara dan harus bermula dengan pemikiran dan sikap positif jika mahu memainkan peranan yang bermakna dalam pembangunan negara. MARUDI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi mengadakan kawad kecemasan dan demonstrasi dengan alat pemadam api serta cara menyelamatkan mangsa sekiranya berlaku kebakaran.
Demonstrasi itu dilakukan sempena pameran diadakan di kenderaan Scania di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sungai Jaong dekat sini semalam.
Sebelum itu, Balai Bomba Marudi menerima ‘ panggilan kecemasan’ daripada SJK Sungai Jaong jam 10.27 pagi.
Pasukan bomba bersama kenderaan Scania dan enam anggota diketuai penyelia mereka, PBK II Awang Busrah Awang Mustapha dan ditemani PBK I Hashim Norsidi tiba di destinasi jam 10.31 pagi.
Pasukan tersebut bertindak memadamkan kebakaran kecil yang berlaku di belakang dewan sekolah tersebut.
Sementara itu, pasukan bomba melakukan demon- strasi tersebut menggunakan dua unit alat pemadam api jenis serbuk kering untuk memadamkan kebakaran.
Setelah kerja-kerja pemadaman selesai, pasukan bomba mengadakan demonstrasi penggunaan alat pemadam api.
Pasukan bomba turut menunjukkan teknik menyelamat menggunakan beberapa peralatan kebombaan di samping pameran pengenalan peralatan kebombaan dalam jentera mereka.