Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar disaran menyeimban­gkan aspek akademik dan kokurikulu­m

-

MUKAH: Setiap pelajar disaran menyeimban­gkan diri sendiri dalam aspek akademik dan kokurikulu­m.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie berkata pemikiran yang sihat datang daripada tubuh sihat.

“Melalui penyertaan dalam sukan, murid-murid mendapat kecergasan tubuh dan kecerdasan otak,” katanya pada Majlis Perasmian Sukan Tahunan dan Sukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Matu 2017 di Padang Sukan SK Kuala Matu.

Menurutnya, pelajar di semua peringkat tidak kira tahap prasekolah, rendah atau tinggi memerlukan perkara sama iaitu kecergasan diri.

Katanya, ia bagi menjaga keseimbang­an antara kedua-dua aspek dan bidang akademik serta kokurikulu­m mereka ketika berada di alam persekolah­an.

Di samping itu, peranan sebagai guru dan ibu bapa dalam menanam sikap serta nilai murni turut tidak dapat disangkal.

Ini bagi membentuk sahsiah murni dalam diri murid sejak di bangku sekolah sehinggala­h mereka membesar suatu hari nanti.

“Sebagai guru dan ibu bapa, kita perlu bekerjasam­a memastikan anak-anak kita berjaya,” jelasnya.

Pesta sukan kali ini melibatkan 220 murid dan 20 guru SK Kuala Matu.

Turut hadir Guru Penolong Kanan ( PK) Pentadbira­n Hamima Teruki dan Yang Dipertua PIBG SK Kuala Matu Khairulzam­an Ilil.

 ??  ?? TERIMALAH: Abu Seman (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pada kejohanan tersebut.
TERIMALAH: Abu Seman (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pada kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia