Utusan Borneo (Sarawak)

Pekebun lada perlu teroka kegiatan hiliran, kata Salang

Ia untuk jadikan komoditi ini produk mampu berdaya saing di peringkat antarabang­sa

- Oleh Reno Benjamin

JULAU: Pekebun lada perlu meneroka kegiatan hiliran untuk menjadikan komoditi diusahakan menjadi satu produk mampu berdaya saing di peringkat antarabang­sa.

Ahli Perlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata pekebun juga harus menerokai penanaman lada secara organik.

“Kita mesti cuba membuat perbezaan dengan negara pengeluar lada lain agar produk kita mampu berdaya saing di pasaran,” katanya ketika merasmikan Pesta Lada Julau, di sini.

Salang juga menasihati pekebun lada agar mendapatka­n nasihat serta input daripada Lembaga Lada Malaysia ( LLM) mengenai produk yang boleh diusahakan.

“Anda juga harus bersedia menghadiri kursus dan seminar berkaitan yang dianjurkan,” jelasnya sambil mencadangk­an pengeluara­n lada jeruk, minyak lada dan lada organik.

Beliau memberitah­u, beberapa pasar raya di Itali menjual satu kilogram lada jeruk dengan harga RM800.

Oleh itu, pekebun di sini harus merebut peluang tersebut memandangk­an lada ditaman mempunyai kelebihan dari segi kualiti berbanding negara- negara pengeluar lada lain.

“Apabila kita ingin menghasilk­an sesuatu produk unik, kita harus mengambil per- hatian keperluan membuat pembungkus­an yang betul, jumlah berat sesuai dalam setiap paket selain memastikan pasaran betul di luar negara,” ujarnya.

Mengenai harga lada yang turun naik, Salang berkata semua itu disebabkan kuasa pasaran dan di luar kawalan kerajaan selain berharap pekebun dapat bertahan melalui masa sukar itu.

Katanya pengeluara­n tahunan lada di negara ini lebih 20,000 tan berbanding 160,000 tan dihasilkan oleh Vietnam, pengeluar terbesar dunia.

Beliau juga mencadangk­an agar industri lada di sini boleh menjadi tarikan pelancong dengan aktiviti inap desa dan lawatan ke ladang lada.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, Residen Bahagian Sarikei Mohd Junaidi Mohiden, Ketua Polis Julau DSP Bidol Noyeng serta Pegawai Daerah Julau Sofhi Jebal.

Kita mesti cuba membuat perbezaan dengan negara pengeluar lada lain agar produk kita mampu berdaya saing di pasaran.” Datuk Joseph Salang Gandum Ahli Perlimen Julau

 ??  ?? BERTUAH: Salang (kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah berupa mesin pembanting lada kepada Priscilla Nadia sambil diperhatik­an Sofhi (kiri) kelmarin.
BERTUAH: Salang (kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah berupa mesin pembanting lada kepada Priscilla Nadia sambil diperhatik­an Sofhi (kiri) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia