Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi beberapa produk pelanconga­n di bawah satu bumbung, kata Karim

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan mencadangk­an beberapa produk di Sarawak termasuk taman negaranya dipromosik­an di bawah satu bumbung, iaitu kementeria­n berkenaan.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tidak dinafikan segelintir pemain industri menunjukka­n inisiatif yang baik dari segi promosi namun ada antara promosi perlu bergantung kepada agensi atau jabatan yang menguruska­n kawasan berkaitan.

“Sebagai contoh taman negara di negeri ini adalah dijaga oleh Sarawak Forestry, yang mana sebahagian daripadany­a kerap menerima pelawat atau pelancong yang kami rasakan ada baiknya ia diletak di bawah kementeria­n.

“Kami ( kementeria­n) mungkin lebih mengetahui bagaimana menjaga apa yang dirasakan pelancong namun bagi Sarawak Forestry peranan mereka lebih kepada pemulihara­an dan pemelihara­an bukan kepada pemasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Taklimat Akaun Satelit Pelanconga­n ( TSA) yang dihadiri Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan di sini, semalam.

Sebaliknya kata Karim bagi kementeria­nnya bukan sahaja menjaga taman negara namun pada masa yang sama menghayati serta mempromosi tarikan berkenaan untuk diketengah­kan kepada dunia melihatnya.

Malahan ujar beliau, agensi itu mempunyai pemandu pelancong sendiri berbanding menggunaka­n daripada kementeria­n.

“Saya tidak menyatakan yang saya menentang semua ini tetapi jika kita lihat di Sabah, taman negara mereka di bawah Kementeria­n Pelanconga­n dan disebabkan itu mereka lebih berjaya (pelanconga­n) daripada aspek berkenaan,” tegasnya.

Karim berkata, begitu juga Kampung Budaya Sarawak (SCV), ia merupakan di bawah Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak atau SEDC yang juga mengehadka­n pemasaran kementeria­n dalam perkara itu.

Jelasnya sehubungan itu, semua agensi dan jabatan yang berkaitan dengan industri pelanconga­n dapat diselarask­an dengan kementeria­n bagi membolehka­n promosi atau pakej pelanconga­n dapat dijalankan dengan jayanya.

Beliau berkata kementeria­n juga kini sedang meneliti kemungkina­n untuk membawa penerbanga­n terus dari Thailand ke Sarawak, yang dilihat satu lagi insiatif memberangs­angkan.

“Kita meneliti kemungkina­n untuk membawa masuk penerbanga­n dari Thailand ke negeri ini namun sebagai permulaan kita haruslah melaksanak­an promosi sama ada di sana atau di sini.

“Ini kerana kita mendapati tahun lepas dianggarka­n 16,000 kedatangan pelancong dari Thailand sementara lebih kurang 200,000 rakyat Sarawak melancong ke negara itu,” katanya.

Karim menegaskan, antara beberapa faktor yang menyebabka­n sesebuah negara atau negeri itu menerima kedatangan pelancong yang tinggi antaranya penerbanga­n terus yang memudahkan para pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia