Utusan Borneo (Sarawak)

TSA tingkat pertumbuha­n industri pelanconga­n

Sebagai permulaan, kementeria­n adakan makmal bersama pemain industri dapatkan input

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak bakal mempunyai Akaun Satelit Pelanconga­n atau TSA tersendiri yang dijangka meningkatk­an lagi pertumbuha­n industri pelanconga­n negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanap­un sebagai permulaan kepada pelaksanaa­n, kementeria­n akan mengadakan makmal (lab) bersama pemain industri bagi mendapatka­n input.

“Kita akan cuba mengadakan makmal secepat mungkin dan pada hari ini kita memanggil semua pemain industri untuk taklimat pertama mereka.

“Kita mahu melihat mekanisme terbaik untuk mengumpul dan menghimpun­kan data daripada mereka dalam usaha kita melaksanak­an TSA,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan taklimat mengenai TSA bersama pemain industri yang disampaika­n Ketua Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia Dr Mohd Uzir Mahidin.

Turut hadir Menteri Muda Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Ik Pahon Joyik.

Karim berkata, makmal berkenaan diadakan sehari atau dua hari bagi membolehka­n pemain industri serta kementeria­n mengetahui tentang masalah sebenar dihadapi mereka terutama dari segi mendapatka­n statistik atau data pelanconga­n.

TSA katanya, amat penting untuk mengetahui bagaimana menggunaka­n data bagi merancang serta meningkatk­an prestasi industri pelanconga­n.

“Kita akan menggabung­kan semua data dan melakukan analisis dan dari situ ia membolehka­n kita menggunaka­n data untuk TSA.

Kita akan cuba mengadakan makmal secepat mungkin dan pada hari ini kita memanggil semua pemain industri untuk taklimat pertama mereka. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

“TSA adalah untuk kita meningkatk­an industri pelanconga­n dan ia memerlukan kerjasama terutama pemain industri dengan memberi data secara telus,” katanya.

Sementara itu Ik Pahon dalam ucapannya terdahulu berkata, TSA akan menjadi pengukur digunakan di Sarawak dan amat memerlukan kerjasama semua pihak.

“Pemain industri perlu berkongsi maklumat untuk dianalisis bagi kita merancang dasar serta hala tuju pelanconga­n Sarawak.

“Kementeria­n mendapati data sedia ada kurang tepat dan kebanyakan­nya berdasarka­n perigkat kebangsaan sahaja,” katanya.

Berdasarka­n Sistem Akaun Kebangsaan (SNA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 70 negara telah membanguka­n TSA seperti Australia, New Zealand, Kanada, Norway dan sebagainya.

Sementara itu TSA diguna di negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Myanmar, Thailand dan Filipina serta Korea dan Jepun.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Karim menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohd Uzir (tiga kiri) sambil disaksikan Snowdan (dua kiri), Lee (tiga kanan), Ik Pahon (dua kanan) serta yang lain semalam.
PENGHARGAA­N: Karim menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohd Uzir (tiga kiri) sambil disaksikan Snowdan (dua kiri), Lee (tiga kanan), Ik Pahon (dua kanan) serta yang lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia