Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Lopeng Tengah bersaing dengan 11 sekolah pada Pertanding­an TEY 2017

-

MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lopeng Tengah akan bersaing dengan 11 sekolah pada Pertanding­an Toyota Eco Youth (TEY) 2017 yang dianjurkan UMW Toyota.

Pertanding­an tahunan kali ke-16 itu sentiasa berlainan konsep dan tahun ini bertemakan ‘Penguranga­n Kesan Karbon’.

Tema berkenaan amat bersesuaia­n dan signifikan dengan matlamat kerajaan mengurangk­an gas rumah hijau.

SMK Lopeng berangkat ke Kuala Lumpur kelmarin bagi menghadapi pertanding­an itu dan sekolah itu pernah muncul juara pada 2013 serta meraih persembaha­n terbaik.

Saingan peringkat akhir berlangsun­g hari ini (Rabu) menyaksika­n semua 12 sekolah terbaik seluruh negara dinilai menerusi persembaha­n mereka.

Antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin Permai (Pahang), SMK Raja Perempuan ( Perak), SMK Permatang Tok Labu (Pulau Pinang) dan SMK Pinggan Pinggan (Sabah).

Di samping itu, SMK Balai Besar (Terengganu), SMK Telok Panglima Garang (Selangor), SMK Datuk Haji Abdul Samad (Negeri Sembilan) dan SMK Bukit Baru (Melaka).

Turut serta SMK Dato’ Syed Ahmad (Kedah), SMK Tok Janggut ( Kelantan) dan SMK Bandar Putera (Johor).

Pengarah Operasi Kumpulan Sokongan, UMW Toyota Motor Mohd Shamsor Mohd Zain berkata UMW Toyota Motor membelanja­kan lebih RM6 juta untuk program itu sejak 16 tahun lalu.

“Kami mengadakan program ini setiap tahun bertujuan memberi kemahiran kepada pelajar mengenai ilmu penyelesai­an masalah.

“Sekolah yang terpilih akan diberi peruntukan sejumlah RM2,000 dan mereka dibimbing oleh jurulatih ke sekolah dari semasa ke semasa. “Kami juga perlu mengawal kesan karbon menyedari penggunaan elektrik, bahan kimia serta bahan api turut memelihara kehijauan,” katanya.

 ??  ?? GALAS CABARAN: Pelajar SMK Lopeng Tengah ditemani guru pengiring sebelum berlepas ke Kuala Lumpur bagi menyertai pusingan akhir Pertanding­an Toyota Eco Youth (TEY) 2017.
GALAS CABARAN: Pelajar SMK Lopeng Tengah ditemani guru pengiring sebelum berlepas ke Kuala Lumpur bagi menyertai pusingan akhir Pertanding­an Toyota Eco Youth (TEY) 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia