Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak berkaitan digesa segera baik pulih, selenggara gelanggang futsal

-

KUCHING: Pemuda Kampung Hulu Pusa menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan segera membaik pulih dan menyelengg­ara gelanggang futsal di kampung tersebut.

Wakil pemuda kampung itu, Zharudin Narudin berkata, pemuda di situ telah mengemukak­an aduan mengenai perkara tersebut kepada pihak berkuasa tempatan ( PBT) di kawasan berkenaan pada awal Oktober lalu menerusi aplikasi TaliKhidma­t.

Namun dedahnya, pihaknya menerima maklum balas yang mengecewak­an selain jawapan ‘pelik’ daripada PBT berkenaan.

“Setelah membuat aduan, kami berasa hairan dengan jawapan yang diterima daripada PBT yang memaklumka­n bahawa kerja penyelengg­araan gelanggang tersebut bukan di bawah bidang kuasa mereka.

“Ini kerana tiada rekod serahan tapak kepada pihak majlis setelah gelanggang itu siap.

“Perkara ini menimbulka­n banyak persoalan, siapakah yang menyiapkan projek tersebut?

“Dari manakah dana tersebut diperolehi, sedangkan terpampang satu papan tanda ‘Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia, Gelanggang Pelbagai Guna Kampung Pusa’,” katanya menerusi mesej aplikasi Whatsapp kelmarin.

Menurut Zharudin, sekiranya ia bukan tanggungja­wab PBT di kawasan itu, milik siapakah gelanggang berkenaan.

“Ini menunjukka­n ketidaksei­mbangan dan tidak efisien dalam pentadbira­n kerajaan dalam menyampaik­an perkhidmat­an kepada rakyat di kawasan luar bandar,” tegasnya.

Mengulas mengenai gelanggang futsal itu, jelasnya, ia kini ditumbuhi rumput tinggi sehingga menutupi gelanggang futsal berkenaan.

“Keadaan ini menyebab- kan anak-anak muda sukar untuk bermain di gelanggang futsal berkenaan selain menjadi lokasi untuk budak nakal minum minuman keras dan melepak,” katanya.

Selain itu, tambahnya, pagar gelanggang futsal juga telah rosak, tiang dipecahkan dan berkarat selain persekitar­an yang kotor dan menjijikan.

Justeru, Zharudin mewakili pemuda Kampung Hilir Pusa menyeru pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani permasalah­an tersebut.

 ??  ?? TERBIAR: Keadaan gelanggang futsal Kampung Hilir Pusa.
TERBIAR: Keadaan gelanggang futsal Kampung Hilir Pusa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia