Utusan Borneo (Sarawak)

AWAS: 251,193 saman dalam tempoh kira-kira lima bulan

29,957 saman individu, 5,735 saman syarikat telah dijelaskan

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 251,193 saman telah dikeluarka­n oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) melalui pelaksanaa­n Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) dalam tempoh kira-kira lima bulan, iaitu sejak 15 April lepas hingga kelmarin.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddi­n Khalid berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 229,319 saman melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju, manakala 21,874 saman melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat.

Bagaimanap­un sehingga kini, hanya 29,957 saman individu dan 5,735 saman syarikat yang telah dijelaskan berjumlah RM5.3 juta berbanding RM37 juta yang sepatutnya dikutip, katanya.

“Sebenarnya kita tidak melihat kepada jumlah saman yang dibayar semata-mata, kita bertindak tegas bagi memastikan pemandu- pemandu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. “Kita letak kamera untuk mendidik mereka supaya tidak memandu melebihi had laju.

Sebab itu beberapa meter sebelum kamera ada papan tanda ‘kamera di hadapan’ tetapi ramai tidak suka,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Shaharudin berkata JPJ masih memberi tempoh kepada pesalah jalan raya terbabit untuk membayar saman mereka atau dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh tiga bulan selepas saman dikeluarka­n.

JPJ memberikan diskaun sebanyak 50 peratus daripada jumlah RM300 yang sepatutnya dibayar, namun jika pesalah masih tidak membayar dalam tempoh enam bulan, JPJ akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan mahkamah, katanya.

Dalam pada itu, Shaharudin berkata JPJ telah menjalanka­n Ops Tutup 2017 selama tujuh hari dari 2 Okt lepas terhadap kenderaan berat khususnya lori, melibatkan pemeriksaa­n terhadap 15,405 kenderaan.

Daripada jumlah itu, katanya sebanyak 8,371 kesalahan telah dikesan dan sebanyak 5,594 saman telah dikeluarka­n, dengan kesalahan paling banyak ialah membawa mua-

Kita letak kamera untuk mendidik mereka supaya tidak memandu melebihi had laju. Sebab itu beberapa meter sebelum kamera ada papan tanda ‘kamera di hadapan’ tetapi ramai tidak suka. Datuk Shaharuddi­n Khalid Ketua Pengarah JPJ

tan berlebihan (25 peratus) dan tiada lesen memandu atau lesen memandu kenderaan barangan (GDL) atau lesen tamat tempoh ( 24.8 peratus).

“JPJ menggesa pengusaha- pengusaha lori untuk mengambil perhatian dan bertanggun­g jawab terhadap pemandu-pemandu di bawah seliaan mereka agar sentiasa mematuhi undang- undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya.

Shaharudin berkata JPJ juga akan melancarka­n Ops Sisih 1 dan 2 pada November dan Disember ini bagi memastikan semua pemandu bas ekspres bebas daripada kesalahan lalu lintas dan tidak mempunyai saman tertunggak.

Menurutnya, operasi tersebut akan diadakan di semua negeri sebagai langkah awal bagi menjamin keselamata­n dan keselesaan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain terutamany­a menjelang musim cuti persekolah­an dan perayaan Tahun Baharu Cina pada awal tahun depan.

Sementara itu, katanya JPJ telah membuka tender tempahan bagi nombor pendaftara­n kenderaan NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) bermula semalam sehingga 12 tengah hari 23 Okt ini, manakala keputusan akan dikeluaran pada 6 Nov. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBUKA: Ismasuhaim­i (tengah) bersama Ketua Unit Pendaftara­n Zulkarnain Abd Rahman (kanan) dan Pegawai Perhubunga­n Awam Iskandar Zulkarnain Mohamad Ali (kiri) menunjukka­n nombor tender KEL 1 hingga KEL 9999 yang mula dibuka untuk tempahan di Kompleks...
— Gambar Bernama DIBUKA: Ismasuhaim­i (tengah) bersama Ketua Unit Pendaftara­n Zulkarnain Abd Rahman (kanan) dan Pegawai Perhubunga­n Awam Iskandar Zulkarnain Mohamad Ali (kiri) menunjukka­n nombor tender KEL 1 hingga KEL 9999 yang mula dibuka untuk tempahan di Kompleks...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia