Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ nafi peraturan baharu cermin gelap

-

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menafikan akan melaksanak­an peraturan baharu mengenai cermin gelap pada tahun depan seperti maklumat yang tular di media sosial ketika ini.

JPJ dalam kenyataan semalam berkata, peraturan sedia ada yang diguna pakai ketika ini adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Feb 2016).

Menurutnya kadar ketelusan cahaya (VLT) yang ditetapkan bagi cermin depan adalah 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).

Buat masa ini, JPJ hanya akan mengeluark­an notis PG 1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan dan mengarahka­n pemilik atau pemandu kenderaan yang melanggar undang-undang tersebut untuk menanggalk­an pelekat cermin gelap di mana- mana pejabat JPJ negeri.

“Pemilik atau pemandu kenderaan akan diberi masa selama 10 hari untuk membawa kenderaan ke manamana pejabat JPJ negeri untuk menanggalk­an pelekat cermin gelap tersebut,” kata JPJ.

Menurut JPJ, sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan gagal membawa kenderaan serta menanggalk­an pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri, pemilik atau pemandu kenderaan akan dikompaun maksimum RM300 mengikut seksyen 119 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Jika kes dibawa ke mahkamah, untuk sabitan pertama, pesalah akan didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Sekiranya sabitan kali kedua atau seterusnya, akan didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya, kata JPJ. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia