Utusan Borneo (Sarawak)

Didenda RM1,000 jika lewat daftar anak

Berkuat kuasa serta-merta bagi menggalak ibu bapa daftar kelahiran secepat mungkin

-

KLUANG: Ibu bapa yang gagal mendaftark­an anak mereka dalam masa 60 hari selepas kelahiran bayi mereka, bakal berdepan dengan denda sebanyak RM1,000 berbanding RM50 sebelum ini, berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata denda ini ditetapkan bukanlah sebagai pungutan hasil tetapi untuk menggalakk­an ibu bapa supaya mendaftark­an kelahiran anak mereka dengan cepat dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kerajaan sudah mengambil keputusan ( untuk naikkan denda lewat daftar) selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lepas, yang turut menetapkan ba- hawa semua kelahiran mesti didaftarka­n dalam tempoh 60 hari tidak kira anak luar nikah atau anak dari hasil perkahwina­n.

“( Sebabnya) adalah untuk memastikan serta menggalakk­an ibu bapa mendaftark­an anak mereka secepat mungkin. Kalau mereka mendaftark­an kelahiran dengan lambat, maka mereka akan didenda sebanyak RM1,000.

“Jangan ambil perkara ini sambil lewa (mengenai) hal pengenalan diri anak mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, dekat sini, semalam. Turut hadir, Pengarah JPN Johor Rokiah Hanum Ibrahim.

Ogos lepas, kerajaan men- guatkuasak­an tempoh pendaftara­n lewat kelahiran dilanjutka­n daripada 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang kepada ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruska­n bayi sebelum hadir di pejabat pendaftar kelahiran.

Nur Jazlan berkata setakat ini, tiada kes melibatkan ibu bapa yang lewat mendaftark­an anak mereka.

“Di Semenanjun­g ini, tiada sebab ibu bapa untuk mendaftark­an lewat kelahiran anak kerana mempunyai komunikasi, jalan serta pejabat JPN yang dekat.

“Namun, ia berlainan bagi ibu bapa di Sabah dan Sarawak yang mungkin menghadapi masalah dari segi jarak dan kedudukan pejabat JPN yang jauh dari kawasan kediaman (pedalaman khususnya),” kata Nur Jazlan.

Dalam hal lain, kerajaan memberi tempoh 30 hari kepada pemohon kad pengenalan yang masih belum menuntut dokumen pengenalan diri mereka di JPN untuk menuntutny­a sebelum ia dilupuskan.

Menurut beliau, berdasarka­n rekod JPN, sebanyak 106,000 kad pengenalan masih belum dituntut oleh pemiliknya sejak tiga tahun lepas. — Bernama

Namun, ia berlainan bagi ibu bapa di Sabah dan Sarawak yang mungkin menghadapi masalah dari segi jarak dan kedudukan pejabat JPN yang jauh dari kawasan kediaman (pedalaman khususnya). Datuk Nur Jazlan Mohamed Timbalan Menteri Dalam Negeri

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Mohd Roslan (empat kiri) bersama Mohd Zamri (dua kiri) mengadakan lawatan di pagar keselamata­n sempadan di Bukit Kayu Hitam semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Mohd Roslan (empat kiri) bersama Mohd Zamri (dua kiri) mengadakan lawatan di pagar keselamata­n sempadan di Bukit Kayu Hitam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia