Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Luar proses dokumentas­i bawa pulang jenazah Syzlin dari Peru

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Luar perlu menyelesai­kan beberapa proses teknikal sebelum boleh membawa pulang jenazah Syzlin Hataman, mangsa sindiket pengedaran dadah antarabang­sa, yang meninggal dunia di Peru.

Sumber kementeria­n memberitah­u Bernama bahawa proses itu antara lainnya melibatkan kertas kerja, kelulusan kerajaan Peru dan kerajaan Malaysia serta proses menguruska­n jenazah allahyarha­m sebelum boleh dibawa pulang ke tanah air.

Beliau berkata, Bahagian Kaunselor Kementeria­n Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di Peru sedang giat menyiapkan kesemua proses tersebut termasuk maklumat berkaitan kos sebenar pengurusan membawa pulang jenazah.

Sumber itu bagaimanap­un tidak mendedahka­n tempoh sebenar bagi semua proses itu diselesaik­an.

Media melaporkan Syzlin, 43, yang berasal dari Johor, meninggal dunia pada 6.50 petang Sabtu waktu Peru atau 7.50 pagi waktu Malaysia akibat komplikasi beberapa penyakit seperti asma dan kencing manis.

Syzlin sebelum ini ditahan di Peru pada Mei 2010 kerana menyeludup dadah dan dipenjarak­an lebih empat tahun sebelum diletakkan dalam kategori separa bebas (parol) pada 2014 serta tidak boleh meninggalk­an negara berkenaan.

Allahyarha­m kemudian ditempatka­n di sebuah gereja di negara itu selepas kesihatann­ya terjejas dan dikejarkan ke sebuah hospital pada 6 Okt lepas kerana tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia keesokanny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia