Utusan Borneo (Sarawak)

Arahan pemilihan semula CEC DAP jejas persiapan PRU14

Bukan kebetulan tetapi sengaja untuk susahkan parti

-

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa arahan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan ( RoS) agar parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) sengaja untuk menyusahka­n DAP yang kini rancak membuat persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, arahan itu sudah tentu akan menjejaska­n kesiapsiag­aan DAP untuk menghadapi PRU14.

“Parti rasa kerana keadaan semasa sekarang menjelang pilihan raya umum, tindakan (arahan mengadakan pemilihan semula) sedemikian bukan secara kebetulan tetapi nampaknya sengaja untuk menyusahka­n parti apabila kita sedang rancak membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi PRU14.

“Tetapi demi membuktika­n bahawa kami tidak takut mengadakan pemilihan semula walaupun menggunaka­n senarai nama perwakilan 2012 ataupun senarai nama perwakilan 2017, kami bersedia mengadakan pemilihan semula parti berdasarka­n senarai nama perwakilan 2012,” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Beliau berkata tindakan DAP akur arahan RoS itu juga antara lain untuk memastikan parti tersebut tidak diharamkan atau dipadamkan pendaftara­n bagi membolehka­n mereka bertanding pada PRU14.

“Itu adalah satu taktik yang kami nak elakkan supaya ia tidak berlaku. Saya harap semua wakil boleh hadir supaya kita jalankan proses ini sekali lagi berdasarka­n senarai nama perwakilan 2012 supaya kita dapat memastikan parti DAP terus kekal dan dapat berdepan lawan Barisan Nasional dalam PRU14,” katanya.

Semalam, Lim dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur mengumumka­n pemilihan semula CEC DAP akan diadakan 12 Nov ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam selepas dipersetuj­ui RoS.

Beliau berkata parti itu juga akur dengan arahan RoS untuk menggunaka­n semula senarai nama 2,576 anggota perwakilan dan senarai asal calon pada pemilihan 2012 untuk sesi pemilihan semula tersebut.

Pada 17 Julai lepas, DAP menerima surat daripada RoS mengarahka­n parti itu mengadakan pemilihan semula CEC berikutan jabatan berkenaan belum menerima dan mengiktira­f pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013. — Bernama

Tetapi demi membuktika­n bahawa kami tidak takut mengadakan pemilihan semula walaupun menggunaka­n senarai nama perwakilan 2012 ataupun senarai nama perwakilan 2017, kami bersedia mengadakan pemilihan semula parti berdasarka­n senarai nama perwakilan 2012. Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN BANTUAN: Tengku Adnan (tiga kanan) mewakili Program Baiti Jannati menerima sumbangan daripada Mah Sing Foundation yang diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum (empat kiri) di Kementeria­n Wilayah Persekutua­n di Putrajaya, semalam. Turut hadir Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutua­n Datin Seri Anggraini Sentiyaki (dua kanan), Pengerusi Mah Sing Faundation Datuk Syed Norulzaman Syed Kamarulzam­an (tiga kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Adnan Md Ikshan (kanan), Pengarah Strategi dan Operasi Kumpulan Mah Sing Lionel Leong (dua kiri) dan wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur Wan Mohammad Ghazali Nor.
— Gambar Bernama SUMBANGAN BANTUAN: Tengku Adnan (tiga kanan) mewakili Program Baiti Jannati menerima sumbangan daripada Mah Sing Foundation yang diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum (empat kiri) di Kementeria­n Wilayah Persekutua­n di Putrajaya, semalam. Turut hadir Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutua­n Datin Seri Anggraini Sentiyaki (dua kanan), Pengerusi Mah Sing Faundation Datuk Syed Norulzaman Syed Kamarulzam­an (tiga kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Adnan Md Ikshan (kanan), Pengarah Strategi dan Operasi Kumpulan Mah Sing Lionel Leong (dua kiri) dan wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur Wan Mohammad Ghazali Nor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia