Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Melawati lapor isu bina pusat konvensyen kepada SPRM

-

PUTRAJAYA: Persatuan Penduduk Taman Melawati Zon A, B dan C semalam membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung isu projek pembanguna­n pusat konvensyen di tapak PR14843 di Taman Melawati, Ampang.

Pengerusin­ya Razman Hakimi Abdullah berkata, laporan itu bagi membolehka­n SPRM menyiasat beberapa justifikas­i meragukan termasuk mengenai pelan asal kawasan itu yang diluluskan untuk pembanguna­n taman rekreasi pada 2014 tetapi diganti dengan projek lain.

Beliau berkata campur tangan SPRM diperlukan kerana kerajaan Selangor didakwa telah menukar status tanah yang sepatutnya dibina sebuah taman rekreasi untuk kegunaan penduduk.

“Kami mahu SPRM mencari kebenaran bagaimana dalam tempoh lima bulan ia diganti dengan sebuah projek mega bagi membina pusat konvensyen bernilai RM27 juta dan bagaimana projek besar itu boleh me- lepasi semua proses kelulusan dengan mudah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan kepada SPRM di sini.

R a z m a n H a k i m i mendakwa perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan negeri sebelum ini menerusi Majlis Perbandara­n Ampang Jaya ( MPAJ) telah menjanjika­n kawasan itu untuk dijadikan taman rekreasi dan turut direzabkan sebagai tanah kemudahan awam.

Malah, pelaksanaa­n projek itu, yang bakal diadakan majlis pecah tanah pada Disember depan, turut mengundang pelbagai bantahan terutama berhubung janji pemaju untuk mengekalka­n kawasan hijau dengan taman rekreasi gagal ditunaikan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK PUAS HATI: Razman Hakimi menunjukka­n pelan kawasan rekreasi yang dikatakan akan dipindah ke Pusat Konvensyen oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas membuat laporan di SPRM di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TIDAK PUAS HATI: Razman Hakimi menunjukka­n pelan kawasan rekreasi yang dikatakan akan dipindah ke Pusat Konvensyen oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas membuat laporan di SPRM di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia