Jualan penghabisan stok My Home Essential sehingga hujung bulan
SEBERANG PERAI: Prasarana Malaysia Bhd akan mengumumkan secara rasmi pengambilalihan perkhidmatan feri Pulau Pinang pada November susulan rundingan yang dijalankan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata pengambilalihan itu kini melalui proses pemindahan pemilikan daripada dua pihak.
“Kami menjangkakan proses itu selesai tidak lama lagi sebelum kami melancarkan perkhidmatan awalnya yang dikenali sebagai RapidFerry pada November,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai di sini semalam.
Perkhidmatan feri itu kini diurus oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB), yang diswastakan kepada Seaport Terminal Sdn Bhd, yang melaporkan kerugian tahunan lebih RM21 juta.
Azmi membuat pemeriksaan ke atas perkhidmatan feri itu malam tadi. Beliau berkata secara rasminya, kumpulan itu belum mengambil alih perkhidmatan itu, namun sudah menerima kelulusan daripada kerajaan persekutuan untuk berbuat demikian.
Beliau juga berkata kumpulan itu telah mula menaik taraf perkhidmatan feri dengan mengkaji bilangan kapal yang beroperasi, keselamatan penumpang dan menaik taraf persekitaran untuk pejalan kaki. — Bernama MIRI: Premis mengkhusus produk dapur dan bilik mandi My Home Essential Sdn Bhd kini mengadakan jualan penghabisan stok bermula 6 hingga 31 Oktober ini.
Sepanjang tempoh itu, pelanggan boleh memperolehi diskaun sehingga 70 peratus ke atas barang-barang terpilih.
Produk utamanya ialah dapur memasak, penyedut asap dan ketuhar jenama IKA dan pelanggan boleh memperolehi harga istimewa menerusi pakej kombo.
Umpamanya dalam pakej kombo dua item terdiri daripada dapur mamasak dan penyedut asap aliran tinggi dijual pada harga RM2,888 (termasuk pemasangan).
Selain itu, pelanggan membeli pakej kombo tersebut layak menerima hadiah percuma khas terdiri hos pvc, penutup hos dan set alat memasak IKA.
Sebagai jaminan kualiti, syarikat itu menawarkan jaminan 10 tahun motor penyedut asap, lima tahun jaminan bahagian-bahagian lain dan jaminan satu tahun dapur memasak.
Selain barangan dapur, My Home Essential juga mempamerkan pelbagai produk bilik mandi dan aksesori seperti kepala pancuran, cermin bilik mandi, mangkuk tandas, rak kaca bilik mandi, rak tuala keluli tahan karat, penyidai pakaian dan sebagainya.
Syarikat itu juga menawarkan penapis air luar rumah jenama Expa dilengkapi pam air dijual hanya RM1,888 termasuk pemasangan percuma.
Sila kunjungi premis My Home Essential di Lot 10172, Pujut 7, Bandar Baru Permy Jaya, di sini atau hubungi 085410691 atau 016-8505252. Ia dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 7.30 malam.