Utusan Borneo (Sarawak)

Paddock kaki judi dan Valium

-

WASHINGTON: Pembunuh ramai-ramai di Las Vegas, Stephen Paddock, merupakan pemain poker video tegar yang mengambil ubat rawatan kegelisaha­n Valium, CNN melaporkan kelmarin.

Pembunuh berusia 64 tahun itu pada 1 Oktober lalu menembak mati 58 dan mencederak­an hampir 500 lagi atas sebab yang masih belum diketahui penyiasat.

Paddock menyebut dalam kenyataan mahkamah pada 2013 bahawa dia adalah ‘pemain poker video terbesar di dunia’, menurut CNN, yang memperoleh­i salinan dokumen 97 muka surat itu yang berupa saman ke atas Hotel Cosmopolit­an, di mana dia tergelinci­r dan terjatuh di atas laluan pada 2011.

Kenyataan itu sudah diserahkan kepada FBI (Biro Siasatan Persekutua­n), kata CNN.

“Tiada orang lain yang bermain sebanyak dan selama saya,” kata Paddock, yang menambah pada 2006 dia berjudi purata 14 jam sehari, 365 hari setahun.

“Saya akan berjudi sepanjang malam,” katanya, dalam apa yang disebut CNN sebagai laporan pertama tentang kehidupann­ya dalam kata-katanya sendiri.

“Saya tidur pada waktu siang.”

Paddock kadangkala kelihatan bongkak dan sinis sewaktu memberi kenyataan dalam saman tersebut di mana dia kalah, menurut CNN.

Apabila berjudi, dia jarang sekali minum arak, kata keterangan­nya, kerana mahu mengekalka­n kewarasan berikutan jumlah pertaruhan yang amat tinggi.

Dalam perkembang­an lain, syerif Las Vegas Joseph Lombardo kelmarin memberitah­u pemberita ba h a w a pe n g a w a l keselamata­n Jesus Campos yang dicederaka­n Paddock sebenarnya ditembak enam minit sebelum dia menembak orang ramai.

Paddock memiliki banyak hartanah dan tidak diketahui ada kaitan dengan kumpulan kebencian, radikal atau politik.

Da l a m ke n y a t a a n mahkamahny­a, dia berkata dia memenangi antara AS$100 hingga AS$ 1,350 setiap kali menekan butang pada mesin judi, dan membuat taruhan mungkin sejuta dolar semalam, kata CNN.

Paddock menyatakan baginya, itu bukan jumlah yang banyak.

D i a m e n g a k u membahagik­an masa antara California, Nevada, Texas dan Florida, dan bergerak pada satu ketika “mungkin selama tiga minggu sebulan”.

Sebagai kaki judi taruhan tinggi, dia sering tinggal di kasino di mana bilik disediakan percuma, dakwa Paddock.

Walaupun kaya, dia membawa minuman sendiri ke dalam kawasan kaki judi taruhan tinggi kerana tidak mahu memberi terlalu banyak tip kepada pelayan.

Paddock mengakui tiada masalah kesihatan mental, ketagihan dan rekod jenayah.

Paddock membesar di California dan pernah bekerja seketika sebagai ejen Jabatan Hasil Dalam Negeri, sebelum mula melabur dalam hartanah, CNN melaporkan.

Paddock mengaku mempunyai lesen senjata tersembuny­i di Texas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia