Utusan Borneo (Sarawak)

Thai umum pilihan raya Nov ‘18

-

BANGKOK: Thailand akan mengadakan pilihan raya pada November 2018, kata ketua junta Prayut Chan-OCha semalam, tarikh yang akan jatuh lebih empat tahun selepas beliau merampas kuasa dalam satu kudeta.

Sejurus selepas rampasan kuasanya pada 2014, Prayut berjanji untuk mengembali­kan kuasa kepada orang awam dalam tempoh 18 bulan. Namun tarikh itu berulang kali berlalu, dan malah selepas pilihan raya nanti, kata pengkritik, had akan dikenakan ke atas demokrasi.

“Pada November 2018, pilihan raya akan diadakan. Adakah ia jelas?” kata pemimpin yang selalunya kasar itu kepada pemberita, dan menambah beliau akan mengumumka­n tarikh sebenar pada Jun tahun depan.

Pilihan raya itu tidak akan memulihkan demokrasi sepenuhnya seperti yang wujud sebelum rampasan kuasa oleh tentera di Thailand – negara yang sudah menyaksika­n lebih daripada 12 rampasan kuasa sejak berakhirny­a monarki mutlak pada 1932.

Selepas merampas kuasa, golongan jeneral merangka piagam baharu yang membendung kuasa ahli politik yang dipilih rakyat dan menuntut dewan Senat yang dilantik sepenuhnya dengan beberapa tempat disimpan untuk ketua tentera.

Junta turut berkata kerajaan pada masa depan mesti mengikuti “pelan 20 tahun yang mengikat di bawah undang-undang” bagi negara yang masih membangun.

Pengumuman mengenai pilihan raya itu dibuat setelah Prayut melawat Amerika Syarikat awal bulan ini untuk bertemu dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih, jemputan yang dinafikan semasa pentadbira­n Barack Obama.

Satu kenyataan bersama selepas pertemuan mereka menyebut Trump mengalualu­kan komitmen Thailand untuk “menjurus kepada pilihan raya yang bebas dan adil pada 2018”.

Pengumuman yang tidak dijangkaka­n itu mencetuska­n keriuhan di tanah air, di mana Prayut pada mulanya berpatah balik dan hanya berkata tarikh khusus akan diumumkan pada 2018. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HADIR: Gambar fail 6 Oktober lalu menunjukka­n Prayut bersama pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi tiba untuk jamuan diraja Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawai, Brunei.
— Gambar Reuters HADIR: Gambar fail 6 Oktober lalu menunjukka­n Prayut bersama pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi tiba untuk jamuan diraja Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawai, Brunei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia