California terjejas kebakaran hutan maut
Sepuluh korban 12 kebakaran semak di daerah pengeluaran wain, ratusan rumah hangus
NAPA: Lebih 12 kebakaran semak yang menyelubungi daerah pembuatan wain di California telah membunuh sekurang- kurangnya 10 orang, selain merosakkan ratusan rumah, kata pihak berkuasa kelmarin.
Ditiup angin melebihi 80 kilometer sejam, kebakaran memaksa lebih 20,000 orang berpindah di daerah yang paling padat penduduk di negeri itu sejak ia bermula malam Ahad lepas.
Jabatan bomba California berkata 30,000 hektar tanah telah terbakar.
“Pe j a b a t Sh e r i f f mengesahkan tujuh kematian berkaitan kebakaran dari pejabat bomba Sonoma Co. Takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa,” tweet Syerif Daerah Sonoma di utara negeri ini. Angka kematian sebelum ini adalah tiga orang.
Sekurang- kurangnya 1,500 bangunan musnah ketika darurat diumumkan di tiga daerah yang dilanda kebakaran, kebanyakannya di wilayah pembuatan wain yang terkenal.
Empat belas bangunan utama terbakar secara keseluruhannya. Daerah Napa, Sonoma dan Yuba berada di bawah pemerintahan Gabenor Jerry Brown. Daerah-daerah ini berada di utara San Francisco Bay.
Seorang wartawan AFP di Santa Rosa menyaksikan beberapa letupan saluran gas atau tangki gas, rumah dan kilang wain yang hangus.
Banyak jentera bomba kelihatan di kawasan itu, katanya.
Sejumlah 410 anggota bomba berusaha untuk memadam kebakaran di Mendocino, kata jurucakap syerif di daerah itu kepada penyiaran berita CBS, sambil menambahbeberapakematian akan dijangkakan.
Satu lagi kebakaran di Anaheim meliputi kawasan seluas 800 hektar dan sekurang- kurangnya 200 anggota bomba berusaha untuk mengawal kebakaran.
Puluhan pusat perlindungan dibuka di sekolah dan gereja, malah haiwan ternakan juga diletakkan di beberapa pusat seumpamanya khusus bagi haiwan sahaja.
“Kami harus bermula dari bawah sekali lagi,” kata Dreama Goldberg, yang meninggalkan kediamannya yang kini hanya tinggal abu, ketika hamil lapan bulan.
Jesus Torres memberitahu CBS, dia tidak ada masa untuk mendapatkan apa-apa ketika meninggalkan rumahnya.
“Kami dapat melihat langit menjadi merah: kami tidak tahu ia adalah kebakaran sehingga saat akhir kerana asap berada di mana-mana,” katanya.
Hotel Hilton di Santa Rosa berkata dalam laman sosial Facebook, kakitangan dan tetamu selamat dipindahkan.
“Kebakaran semak di Santa Rosa, California dan kawasan sekitar memaksa pemindahan dan penutupan sementara Hilton Sonoma Wine Country,” kata pengurusan hotel.
“Semua tetamu dan kakitangan hotel dipindahkan dengan selamat dan tidak akan kembali sehingga notis lanjut.
“Kami menjangkakan kerosakan di hotel.”
Pacific Gas & Electric berkata, lebih 196,000 pelanggan terputus bekalan elektrik tetapi separuh sudah dipulihkan.
“Sehingga jam 3.00 petang ( waktu tempatan), kami mempunyai kira-kira 99,000 pelanggan tanpa elektrik dengan majoriti di antara mereka di Sonoma dan Napa,” katanya.
Coffey Park, kawasan kejiranan Santa Rosa dengan beberapa buah rumah, juga hangus dengan angin kencang dan kelembapan rendah di mana pakar kebakaran berkata ia kelihatan seperti kebakaran yang pernah berlaku di selatan California.
Cheri Sharp memberitahu rangkaian penyiaran KOBI, rumah beliau yang berusia 26 tahun di Santa Rosa adalah antara yang musnah.
“Semua gambar kami hilang. Semua, segala-galanya hilang. Kami sangat teruk sekali,” kata beliau.
“Tetapi kami semua selamat dan sihat dan kami seharusnya bersyukur tetapi kebakaran ini sememangnya teruk.”
Marian Williams dari Kenwood, di daerah Sonoma, memberitahu NBC Bay Area, dia menyertai konvoi kejiranan mengharungi kebakaran sebelum subuh ketika salah satu kebakaran menghampiri kawasan tanaman anggur.
“Ia satu kebakaran yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” kata Williams.
Gabenor Brown pada April lalu mengisytiharkan secara rasmi berakhirnya musim kemarau di negara itu yang berlarutan lebih lima tahun.
Tetapi negerinya masih berdepan dengan angin Santa Ana, satu fenomena meteorologi yang membawa angin kering dari pergunungan tinggi di timur kawasan pesisir pantai – satu ramuan untuk kebakaran semak.
Kebakaran hutan adalah biasa di wilayah barat Amerika semasa musim panas yang kering dan panjang.
Pada bulan lepas, kebakaran besar yang digambarkan sebagai terbesar dalam sejarah Los Angeles, memaksa ratusan penduduk meninggalkan rumah masing-masing.
Pada awal kelmarin, kebakaran boleh dihidu di San Francisco, kira-kira 60 kilometer dari kebakaran paling dekat. — AFP