Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan bersenjata di Kenya ragut dua nyawa

-

MOMBASA: Dua anggota kakitangan maut dan beberapa pelajar cedera di Kenya apabila lelaki bersenjata menembak kenderaan yang membawa pelajar ke kampus Universiti Teknikal Mombasa (TUM) di daerah pantai Kwale semalam, kata pegawai polis dan seorang saksi ketika demonstras­i mengecam pilihan raya turut menjejaska­n Kenya.

Identiti lelaki bersenjata terbabit tidak jelas.

Dua anggota kakitangan wanita maut dalam serangan semalam, dan seorang pemandu dan dua anggota polis cedera, kata pegawai polis yang enggan dikenali.

“Sebuah bas yang membawa pelajar TUM sedang mengangkut mereka dari asrama mereka ke kampus di Ukunda untuk kelas dan diiringi sebuah van yang membawa beberapa kakitangan kolej dan dua anggota polis pengiring,” kata pegawai terbabit.

“Lelaki bersenjata seramai kira-kira 10 orang muncul dari semak dan mula menembak van di depan.

“Akibatnya dua wanita yang merupakan kakitangan TUM maut dalam van, manakala pemandu van dan dua anggota polis cedera,” katanya.

Seorang saksi yang enggan dikenali memberitah­u, dia dan beberapa pelajar lain melarikan diri dari kenderaan mereka apabila lelaki bersenjata menembak mereka dan melihat beberapa pelajar yang berlumuran darah.

Kumpulan Islamis militan Somali, Al Shabaab, kerap melancarka­n serangan sepanjang sempadan KenyaSomal­ia dan sepanjang pantai Kenya.

Pada 2015, ia menyerang sebuah universiti di bandar Garissa, Kenya, dan membunuh 148 pelajar.

Sementara itu, demonstras­i politik menyeru peletakan jawatan para pegawai Suruhanjay­a Bebas Pilihan Raya dan Sempadan (IEBC) berhubung dakwaan pilihan raya presiden pada Ogos lalu telah dipalsukan menggegark­an Nairobi buat hari kedua berturut-turut.

Mahkamah Agung membatalka­n keputusan pilihan raya tersebut bulan lepas yang menyaksika­n pelantikan semula Presiden Uhur Kenyatta, memetik bukti terdapat penyelewen­gan dalam kiraan undi.

Ketua pembangkan­g Raila Odinga yang menyeru demonstras­i tersebut mengulangi kenyataann­ya bahawa beliau tidak akan menyertai pilihan raya semula pada 26 Oktober depan sekiranya tuntutanny­a tidak dipenuhi. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KEKACAUAN: Seorang penunjuk perasaan menumbuk kepala lelaki yang dituduh mencuri ketika mereka dikerumuni pegawai polis semasa demonstras­i politik menyeru pengundura­n pegawai IEBC di Nairobi, kelmarin.
— Gambar AFP KEKACAUAN: Seorang penunjuk perasaan menumbuk kepala lelaki yang dituduh mencuri ketika mereka dikerumuni pegawai polis semasa demonstras­i politik menyeru pengundura­n pegawai IEBC di Nairobi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia