Utusan Borneo (Sarawak)

BOLHASSAN JUARA PERTANDING­AN SENI SUARA DAN GAYA BURUNG

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BOLHASSAN Rosli@Apoi merangkul juara kategori Murai Batu Kepala Putih dalam Pertanding­an Seni Suara dan Gaya Burung Assyakirin Fasa 1 di pekarangan Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1 di Bintulu, baru-baru ini.

Bolhassan dari Kelab Pekicau Bintulu turut dinobatkan sebagai pemenang terbaik antara yang terbaik dalam kategori tersebut.

Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Erwin (Kelab Pekicau Miri) dan Muhd Shiddiqin (Kelab Pekicau Bintulu).

Juara kategori Murai Batu Kepala Hitam pula diraih oleh Anizam Noh (Kelab Pekicau Bintulu), naib juara disandang oleh Zizi Othman @Raja Silem (Kelab Pekicau Bintulu) dan ketiga Zaidi Mohammad (Kelab Pekicau Sibu).

Zizi turut dinobat sebagai pemenang terbaik antara yang terbaik mengatasi juara kategori terbabit.

Dalam pada itu, juara kategori Murai Kampung pula menjadi milik Eric dari Kelab Pekicau Sri Aman diikuti naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Apix Aspalela (Kelab Pekicau Sri Aman) dan Zulfadli (Kelab Pekicau Miri).

Eric juga dinobatkan sebagai pemenang terbaik antara yang terbaik dalam kategori tersebut.

Hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil kepada pemenang telah disampaika­n oleh Pegawai Peribadi Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman.

Pemenang keempat hingga ke-10 untuk tiga kategori itu turut menerima hadiah sagu hati dan sijil penyertaan masing-masing dalam pertanding­an anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Assyakirin Fasa 1, Kawasan Rukun Tetangga Kampung Assyakirin Fasa 1 dengan kerjasama Kelab Pekicau Bintulu tersebut.

Ketua Kaum (KK) Kampung Assyakirin Fasa 1 merangkap pengerusi pertanding­an Pengiran Hamdan Pengiran Kerta berkata, seramai 158 peserta menyertai pertanding­an itu memperliha­tkan petanda cukup baik dan sokongan memberangs­angkan daripada peserta seluruh Sarawak.

“Ini merupakan kerjasama julung kali pihak kami dengan Kelab Pekicau Bintulu dan saya berterima kasih kepada peserta seluruh Sarawak membabitka­n Bintulu, Miri, Sibu, Kuching, Sri Aman, Niah, Mukah, Bekenu dan Belaga yang menyertai pertanding­an ini,” katanya pada majlis penutupan pertanding­an berkenaan.

Pengiran Hamdan berkata, melihat sambutan baik itu pihaknya berharap akan dapat menganjurk­an acara itu dengan lebih besar pada masa hadapan di peringkat Borneo dengan sokongan daripada kelab dan peminat pekicau seluruh Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Pekicau Bintulu Jeffery Laily berkata, pertanding­an itu menyak- sikan penyertaan 71 sangkar untuk kategori murai batu kepala hitam, 63 sangkar (Murai Kampung) dan 23 sangkar (murai batu kepala putih).

Katanya, pertanding­an itu dinilai oleh tiga juri membabitka­n juri tempatan dari Miri, Bintulu dan dari negara Indonesia.

Turut hadir menyaksika­n pertanding­an itu KK Kampung Jabai Johny Jimon, KK Kampung Penan Muslim Batu 10 Raini Piee, Ketua Jiran Muda Kampung Assyakirin Fasa 1 Roslan Abdul Hamid dan penduduk setempat.

 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: Tiga pemenang terbaik antara yang terbaik dari tiga kategori iaitu Bolhassan (lima kanan), Zizi (tengah) dan Eric (dua kanan) merakam gambar bersama Azman, Pengiran Hamdan (enam dan empat kanan), Jeffery (tiga kiri) serta pihak penganjur.
TERBAIK: Tiga pemenang terbaik antara yang terbaik dari tiga kategori iaitu Bolhassan (lima kanan), Zizi (tengah) dan Eric (dua kanan) merakam gambar bersama Azman, Pengiran Hamdan (enam dan empat kanan), Jeffery (tiga kiri) serta pihak penganjur.
 ??  ?? JUARA: Azman (tengah) menyampaik­an hadiah kepada Bolhassan yang meraih juara kategori Murai Batu Kepala Putih sambil disaksikan oleh Pengiran Hamdan (kanan) dan Jeffery (kiri).
JUARA: Azman (tengah) menyampaik­an hadiah kepada Bolhassan yang meraih juara kategori Murai Batu Kepala Putih sambil disaksikan oleh Pengiran Hamdan (kanan) dan Jeffery (kiri).
 ??  ?? SAINGAN: Peserta yang menyertai kategori terbaik antara yang terbaik sedang menempatka­n burung murai di tempat khas.
SAINGAN: Peserta yang menyertai kategori terbaik antara yang terbaik sedang menempatka­n burung murai di tempat khas.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Pemenang kategori Murai Batu Kepala Putih merakam gambar kenangan bersama Azman, Pengiran Hamdan dan pihak penganjur.
UNTUK ALBUM: Pemenang kategori Murai Batu Kepala Putih merakam gambar kenangan bersama Azman, Pengiran Hamdan dan pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia