Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan industri baharu di Sibu

Pembukaan kawasan perindustr­ian baharu di Sibu dipersetuj­ui kerajaan secara prinsip: Awg Tengah

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Kawasan perindustr­ian baharu bakal dibangun di sini bagi memenuhi tuntutan dan keperluan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembukaan kawasan perindustr­ian baharu itu dipersetuj­ui kerajaan secara prinsip.

Katanya kawasan itu bakal menjadi pusat pengumpula­n hasil produk industri kecil dan sederhana bagi membolehka­nnya dipasarkan secara meluas termasuk ke luar negeri.

“Kerajaan akan bekerjasam­a dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bagi mengenal pasti tapak yang sesuai,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Seminar Pembanguna­n Usahawan dan Industri di sini semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, kawasan itu berpotensi

Kerajaan akan bekerjasam­a dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bagi mengenal pasti tapak yang sesuai. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

besar dibangun kerana memberi sumbangan kepada pembanguna­n negeri.

“Ini termasuk menyediaka­n peluang pekerjaan dan men- ingkatkan taraf hidup rakyat tempatan,” katanya sambil menambah, MIED juga melebar fokus bukan hanya kepada PKS tetapi mengam- bil kira perkembang­an serta keperluan membangunk­an perusahaan mikro dan kotej negeri ini.

Beliau berkata kementeri- annya juga terus menyokong dengan mempromosi Industri Pembinaan Kapal dan Pembaikan Kapal (SBSR) sebagai pengekspor­t kapal ke luar negara.

Jelasnya pada 2016, Sarawak mengekspor­t kapal, bot dan struktur terapung ke Emeriyah Arab Bersatu ( UAE) bernilai AS$29 juta dan AS$28 juta pada 2015.

Bercakap lanjut, beliau memberitah­u Sarawak kekal sebagai destinasi utama tarikan pelaburan sungguhpun persekitar­an ekonomi mencabar.

Ujarnya, kestabilan politik selain kerajaan cekap dan keupayaan menyediaka­n infrastruk­tur serta perkhidmat­an sokongan telah memberi keyakinan tinggi kepada pelabur.

“Kerajaan kita mesra perniagaan, telah membuat dasar baik dan berjaya menarik pelaburan asing dan tempatan selain mengekal kos menjalanka­n perniagaan yang san- gat kompetitif di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, seramai 470 peserta telah menyertai seminar tersebut yang dianjurkan Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCI) dan Persatuan Limbungan Kapal Sibu.

Turut hadir Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana merangkap Menteri Muda E- Dagang Datuk Mohd Naroden Majais dan Setiausaha Tetep MIED Datu Liaw Soon Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Meluan Roland Duat dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Awang Tengah (tiga kanan) bergambar bersama para peserta seminar di Sibu semalam. Turut kelihatan Naroden (tiga kiri).
KENANGAN: Awang Tengah (tiga kanan) bergambar bersama para peserta seminar di Sibu semalam. Turut kelihatan Naroden (tiga kiri).
 ??  ?? SAMBUT: Gerawat disambut mesra oleh kaum ibu sejurus tiba di Long Wat.
SAMBUT: Gerawat disambut mesra oleh kaum ibu sejurus tiba di Long Wat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia