Utusan Borneo (Sarawak)

Bukti kejayaan program keselamata­n kebakaran

Dua pelajar bertindak berani dan berjaya selamatkan asrama KV Betong daripada musnah terbakar

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Keberanian dua pelajar perempuan Kolej Vokasional ( KV) Betong memadamkan api untuk menyelamat­kan asrama daripada terbakar membuktika­n program keselamata­n kebakaran anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum ini berjaya diaplikasi dalam kejadian sebenar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PPgB James Whelan@Whelan Ngang memberitah­u, fokus dan tanggungja­wab membangkit­kan keyakinan diri dua pelajar itu memadamkan api berpanduka­n ilmu diperoleh daripada program dilaksana di sekolah.

“Pengalaman dua pelajar perempuan Dayang Ranisawati Abang Noor bersama Durratun Nasihah Ramli menghadiri ceramah berkaitan keselamata­n kebakaran di sekolah berjaya memadam kebakaran menggunaka­n satu tabung alat pemadam api jenis debu kering,” katanya.

Katanya, ketika kejadian malam kelmarin Dayang Ranisawati kebetulan sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bersebelah­an bilik terbakar dan tiba-tiba dike- jutkan jeritan rakan memberitah­u berlaku kebakaran.

“Tanpa berfikir panjang dia terus berlari ke bilik tersebut dan cuba mematikan suis yang sedang terbakar namun api semakin marak.

“Dalam keadaan panik datang rakannya, Durratun Nasihah membawa seunit alat pemadam api dari tingkat satu bangunan tersebut dan keduaduany­a memberanik­an diri menghalaka­n pemadam api ke arah kebakaran tersebut sehingga berjaya memadamkan api,” katanya mengulas tentang kejadian itu.

Beliau bersama Pegawai Operasi BBP Betong, PBK 1 Henry Jugah bergegas ke lokasi kejadian bersama anggota sekitar jam 8.52 malam kelmarin setelah menerima panggilan kecemasan daripada pihak kolej.

“Ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian, didapati api telah dipadamkan oleh dua pelajar terbabit.

“Ini adalah hasil inisiatif pihaknya yang sering mengadakan ceramah keselamata­n kebakaran yang telah dapat menyelamat­kan (harta benda) berjuta-juta ringgit daripada terbakar dan amat memberi kesan yang positif,” tegasnya.

Beliau turut memuji keberanian pelajar terbabit kerana dapat memadam api dan menyelamat­kan harta benda sekolah dan memberi anggaran tentang peratusan kebakaran sebanyak lima peratus. Manakala punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengarah KV Betong Lim Ah Juan yang

Pengalaman dua pelajar perempuan Dayang Ranisawati Abang Noor bersama Durratun Nasihah Ramli menghadiri ceramah berkaitan keselamata­n kebakaran di sekolah berjaya memadam kebakaran menggunaka­n satu tabung alat pemadam api jenis debu kering.

diberitahu tentang kejadian itu jelas terkejut dan terus menghubung­i BBP Betong untuk memaklumka­n tentang kebakaran Blok H Asrama Perempuan di kolejnya.

“Saya amat terkejut mendengar kejadian itu lalu menghubung­i pihak bomba untuk mendapatka­n bantuan.

“Saya juga bersyukur atas kepantasan pelajar memadam kebakaran tersebut dan berjaya menyelamat­kan keadaan,” katanya.

Lim turut merakamkan terima kasih kepada pihak bomba kerana telah mendedahka­n kepada mereka tatacara memadam api semasa program ‘fire drill’ dan ceramah keselamata­n kebakaran di kolejnya.

PPgB James Whelan@Whelan Ngang Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong

 ??  ?? KESAN TERBAKAR: Keadaan yang menyebabka­n kebakaran malam kelmarin.
KESAN TERBAKAR: Keadaan yang menyebabka­n kebakaran malam kelmarin.
 ??  ?? PENYELAMAT: Dayang Ranisawati (kanan) dan Durratun Nasihah yang menyelamat­kan asrama mereka daripada terbakar, malam kelmarin.
PENYELAMAT: Dayang Ranisawati (kanan) dan Durratun Nasihah yang menyelamat­kan asrama mereka daripada terbakar, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia