Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan seksual ke atas budak, pembantu tukang masak ditahan

-

MIRI: Seorang pembantu tukang masak ditahan semalam ekoran pengakuan seorang budak lelaki kepada ibunya yang mendakwa ‘dirogol’ lelaki dikenaliny­a dalam satu kejadian jam 8.30 malam pada 8 Oktober lalu.

Justeru, Mahkamah Majistret melalui Majistret Zuriani Ali Musa membenarka­n permohonan reman ke atas suspek seperti dikemuka pegawai penyiasat Inspektor Mohd Fitri Kukung dari Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan.

Dalam permohonan­nya, Fitri memberitah­u pada 9 Oktober lalu seorang ibu telah membuat aduan di Balai Polis Lutong mendakwa anaknya (berumur antara 8 dan 10 tahun) mengadu dia dirogol lelaki dikenaliny­a selepas dimarahi kerana balik lewat malam.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, dia memarahi anak lelakinya kerana balik lewat ke rumah namun anaknya menangis seraya memberitah­u kejadian berkenaan.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 5.30 petang, 9 September lalu di kawasan lobi sebuah hotel di sini, polis menahan seorang lelaki bekerja sebagai pembantu tukang masak kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Fitri memberitah­u bahawa reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 38 tahun dari Kampung Baru Pujut 7 di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam keterangan suspek dan saksi serta mengesan barang kes iaitu tuala dan baju diguna suspek.

Justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis namun mahkamah hanya membenarka­n reman lima hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 15 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia