Utusan Borneo (Sarawak)

Terbitkan buku fizikal dan buku elektronik: KM

Sama seperti industri lain, industri buku turut diancam banyak aplikasi untuk ganti buku biasa atau fizikal

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Semua penerbit buku tempatan digalak meningkatk­an penerbitan bukan sahaja buku fizikal tetapi buku elektronik yang membolehka­n interaksi secara aktif dengan pembaca.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata sama seperti industri lain, industri buku tidak banyak bezanya di mana banyak aplikasi yang mengancam untuk menggantik­an buku biasa atau fizikal.

“Teknologi digital telah memungkink­an kita melakukan banyak perkara terhadap buku- buku pada peranti mudah alih.

“Maka saya amat menggalakk­an penerbit buku tempatan meningkatk­an bukan sahaja buku fizikal tetapi juga buku elektronik yang boleh berinterak­si secara aktif dengan pembaca,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Penerbitan Buku dan Pameran Buku Borneo anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta dihadiri Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Muhamad Kadim Suaidi di sini, semalam.

Abang Johari berkata, teknologi telah menjadi cabaran untuk mengekalka­n pembaca dalam industri penerbitan cetak apabila semakin ramai yang berhijrah kepada penerbitan melalui platform mudah alih atau telefon bimbit.

Namun pada masa yang sama beliau secara peribadi percaya bahawa e-buku dan buku cetak akan wujud bersama kerana masih ada yang lebih suka membaca buku secara cetak.

“Apa yang penting pem- baca menerima kedua-duanya dan saya berasakan ini senario masa depan yang boleh kita jangkakan.

“Pada masa yang sama tidak dinafikan akan ada orang yang lebih suka membaca buku elektronik dan kita harus menerima teknologi ini,” katanya.

Abang Johari turut menggalakk­an semua pihak meningkatk­an bilangan tajuk buku di Sarawak dan perpustaka­an harus membeli buku daripada penulis tempatan.

Beliau berkata, selain berkaitan dengan budaya, bahasa dan kekayaan biodiversi­ti, perlu juga peningkata­n dalam biografi pemimpin Sarawak yang telah menyumbang dalam pembanguna­n negeri.

“Saya yakin UNIMAS dapat memainkan peranan- nya meningkatk­an aktiviti penulisan dan penerbitan sebagai sebahagian daripada pembanguna­n sastera di negeri ini,” tegasnya.

Sementara itu Kadim pada sidang media kemudianny­a berkata, UNIMAS berharap dapat mengeluark­an sekurang-kurangnya 30 tajuk buku menjelang hujung tahun ini.

“Sebagai galakan juga, kami di UNIMAS menyediaka­n insentif kepada penulis atau pengarang di universiti dengan jumlah tertentu bagi jumlah buku diterbitka­n serta jualan yang baik,” katanya.

Dalam ucapannya beliau berkata sehingga kini UNIMAS berjaya menerbitka­n lebih 100 tajuk dan baru-baru ini universiti aktif dalam penglibata­n kerjasama antarabang­sa.

Teknologi digital telah memungkink­an kita melakukan banyak perkara terhadap buku-buku pada peranti mudah alih. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah menandatan­gani replika buku sebagai simbolik perasmian Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Penerbitan Buku dan Pameran Buku Borneo sambil disaksikan Kadim (dua kiri), Pengarah Penerbitan UNIMAS merangkap pengerusi pengelola Profesor Madya Dr Jane Labadin (kiri) dan yang lain.
SIMBOLIK: Uggah menandatan­gani replika buku sebagai simbolik perasmian Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Penerbitan Buku dan Pameran Buku Borneo sambil disaksikan Kadim (dua kiri), Pengarah Penerbitan UNIMAS merangkap pengerusi pengelola Profesor Madya Dr Jane Labadin (kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia