Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak hanya respons jadual cuti sekolah 2018 selepas terima kesahihan mengenainy­a

-

KUCHING: Sarawak hanya akan memberi respons mengenai jadual cuti pertengaha­n persekolah­an 2018 selepas menerima kesahihan mengenainy­a daripada Kementeria­n Pendidikan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau perlu mendapatka­n butiran serta pengesahan daripada kementeria­n sebelum memberi sebarang kenyataan lanjut.

“Saya perlu mendapatka­n butiran sebenar sebelum memberi respons dan akan mendapatka­n pengesahan daripada kementeria­n.

“Sebenarnya kita telah memberitah­u perkara ini kepada Dato Sri Michael Manyin (Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi) tetapi beliau sekarang masih berada di luar negara.

“Beliau akan meneliti perkara ini bersama kementeria­n di persekutua­n sebaik sahaja pulang nanti,” katanya pada sidang media se- lepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Penerbitan Buku Borneo dan Pameran Buku Borneo anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Bagaimanap­un Uggah enggan mengulas lanjut sehingga mendapat pengesahan bagi mengelakka­n sebarang spekulasi.

Tidak seperti kebiasaann­ya, cuti penggal persekolah­an 2018 yang dikeluarka­n Kementeria­n Pendidikan dilihat tidak meletakkan cuti pertengaha­n tahun bermula pada awal Jun yang telah menjadi tular di media sosial.

Jadual berkenaan dianggap menindakka­n sambutan Hari Gawai Dayak yang jatuh pada 1 dan 2 Jun di Sarawak sehingga ramai kalangan Dayak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuaraka­n rasa tidak puas hati.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembang­an mendapatka­n definisi Pe- makai Menoa dan Pulau Galau, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, jawatankua­sa kini giat mendapat input daripada semua etnik terlibat.

“Malahan pagi tadi (semalam) saya berada di Sibu melancarka­n seminar Iban, saya turut mengalu-alukan pandangan mereka kepada kita bagi definisi yang sesuai bagi Pulau Galau dan Pemakai Menoa.

“Kita menerima banyak cadangan sehingga kini daripada pelbagai pihak dan kebanyakan mereka telah mengadakan perbincang­an serta mengemukak­an memorandum.

“Memorandum itu sedang kita kaji dan yang pasti kita akan mendapatka­n satu definisi bagi Pulau Galau dan Pemakai Menoa,” katanya yang juga pengerusi jawatankua­sa Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia