Utusan Borneo (Sarawak)

Teruskan usaha memartabat bahasa Iban di sekolah menengah: Uggah

-

SIBU: Usaha bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang memartabat­kan bahasa Iban subjek diajar di sekolah menengah harus diteruskan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, usaha itu bukan hanya memastikan bahasa Iban diajar di sekolah menengah, malah turut dipelajari pelajar bangsa lain.

“Usaha dimulakan oleh beliau mempunyai matlamat jelas dalam memastikan bahasa Iban dipelihara kepada generasi muda dan peluang mengajar budaya dan tradisi masyarakat Iban,” jelasnya.

Uggah berkata demikian ketika merasmikan Seminar Budaya Iban (Siri 2) anjuran bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang Persatuan Pembanguna­n Pendidikan Bahasa Iban (AEDIL) dengan kerjasama Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir Penasihat Penyelidik­an Sains Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Pengarah IPG Kampus Rajang merangkap Pengerusi Seminar Budaya Iban Siri 2 Tahun 2017 Dr Lambat Lindong.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berharap seminar dapat membincang­kan perkara berkaitan dengan masalah infrastruk­tur yang dihadapi warga pendidik seperti latihan, buku rujukan dan bilangan guru yang tidak mencukupi.

“Kerajaan bersedia membantu menyelesai­kan masalah dalam jangka panjang atau segera. Ini adalah jaminan saya untuk membawa perkara dan masalah yang dibincangk­an kepada pihak berkaitan,” ujarnya.

Sementara itu, Uggah berkata seminar turut membincang­kan isu membangunk­an bahasa Iban dalam era ekonomi digital di samping menilai keperluan memastikan masyarakat Iban tidak ketinggala­n dalam pem- bangunan pendidikan dan ekonomi.

Beliau juga berharap seminar dapat dijadikan platform untuk membincang­kan isu berkaitan Pulau Galau dan Pemakai Menua.

Jelasnya, kerajaan tidak dapat terburu-buru dalam membuat keputusan berhubung isu tersebut berdasarka­n kesukaran dalam mendefinis­ikan maksud Pulau Galau dan Pemakai Menua.

“Kami bersedia menerima pendapat umum masyarakat untuk menyelesai­kan isu tersebut,” katanya sambil berharap peserta seminar dapat menyumbang idea dalam perkara tersebut.

 ??  ?? MARTABATKA­N BAHASA IBAN: Uggah (lima kiri) bersama Lambat (empat kiri), Jabu (tiga kiri) serta yang lain selepas perasmian Seminar Budaya Iban Siri 2 di Sibu, semalam.
MARTABATKA­N BAHASA IBAN: Uggah (lima kiri) bersama Lambat (empat kiri), Jabu (tiga kiri) serta yang lain selepas perasmian Seminar Budaya Iban Siri 2 di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia