Utusan Borneo (Sarawak)

KKLW turut fokus program keusahawan­an, pendidikan

-

MIRI: Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak hanya fokus terhadap pembanguna­n fizikal tetapi menggalakk­an program berbentuk keusahawan­an dan pendidikan

Timbalan Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata kementeria­nnya turut memperkasa bidang keusahawan­an dan pendidikan melalui bajet lalu.

“Karnival Usahahawan Desa (KUD) contohnya telah banyak melahirkan usahawan yang telah menembusi pasaran luar dengan jualan pelbagai produk.

“KKLWamatme­nggalakkan penglibata­n masyarakat dalam bidang keusahawan­an bagi meningkatk­an pendapatan rakyat khasnya di luar bandar,” katanya semasa lawatan kerja ke Rumah Linggi Belaja, Lambir semalam.

Alexander berkata KUD juga telah mengembang­kan produk dan perkhidmat­an usahawan ke pasaran yang lebih luas dan global.

“Kerajaan amat komited untuk menambah nilai produk mereka ke peringkat global dan KUD ini penting sebagai medium untuk mereka berkembang,” jelasnya.

Karnival dwitahunan KUD kali ini akan berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 19 Oktober hingga 22 Oktober ini.

Beliau berkata penduduk di Sarawak tidak boleh terlepas peluang ini sebaliknya berusaha mengembang­kan ekonomi dengan menceburi bidang usahawan desa.

Menyentuh mengenai bidang pendidikan pula, beliau berkata KKLW juga telah menyediaka­n banyak peruntukan bagi memperkasa­kan bidang pendidikan di luar bandar.

Ia termasuk menawarkan kursus dan modul pendidikan baharu di Universiti Kuala Lumpur, Institut Kemahiran MARA dan GIATMARA, tabika dan sebagainya.

Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang akan mencapai matlamatny­a melalui program-program pendidikan di bawah KKLW.

Kementeria­n itu katanya, turut memohon peruntukan yang besar sempena pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Bajet lalu, jumlah keseluruha­n peruntukan yang diluluskan untuk KKLW ialah RM9.048 bilion iaitu RM3.218 bilion untuk Bajet Mengurus manakala RM5.83 billion untuk Bajet Pembanguna­n.

“Seperti kementeria­n lain, kami juga telah memohon peruntukan yang besar pada Bajet 2018 dan berharap lebih banyak projek dapat dilaksanak­an untuk kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Beliau juga berharap rakyat memahami proses kelulusan peruntukan untuk projek kemudahan asas dan tidak hanya menghentam kerajaan khasnya wakil rakyat.

“Kita telah meluluskan lebih 500 projek kemudahan asas dan tidak semua projek yang dipohon ini diluluskan segera kerana ia bergantung kepada keperluan dan peruntukan.

“Sehubungan itu, rakyat tidak harus menghentam kerajaan khasnya wakil rakyat sekiranya projek yang mereka mohon lambat dilaksanak­an,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat, Tuai Rumah Linggi Belaja serta tetamu kenamaan lain.

 ??  ?? SIMBOLIK: Alexander (tiga kiri), Ahmad Lai (dua kiri) dan Ripin (tiga kanan) menunjukka­n tanda bagus sebagai simbolik lawatan kerja ke Rumah Linggi Belaja, Lambir semalam.
SIMBOLIK: Alexander (tiga kiri), Ahmad Lai (dua kiri) dan Ripin (tiga kanan) menunjukka­n tanda bagus sebagai simbolik lawatan kerja ke Rumah Linggi Belaja, Lambir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia