Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kuching Internatio­nal Bike Week 2017’ kembali gegar Kuching

-

KUCHING: Festival motosikal berkuasa tinggi bertaraf antarabang­sa – ‘Kuching Internatio­nal Bike Week’ (KIBW) 2017 kini kembali menggegark­an bandar raya ini pada hujung minggu ini, bermula 13 hingga 15 Oktober berpusat di CityOne Megamall di sini.

Lebih unik, festival edisi kedua ini dijangka disertai kerabat diraja bersama seramai 4,000 ‘bikers’ (penunggang motosikal berkuasa tinggi) tempatan termasuk dari Sabah, Semenanjun­g Malaysia dan luar negara seperti United Kingdom, Ukraine, Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, New Zealand, Australia dan banyak lagi.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, antara tarikan festival adalah pertunjuka­n aksi ‘stunt’ motosikal berkuasa tinggi oleh Aaron Twite serta klinik motosikal bagi mendedahka­n ciri-ciri keselamata­n penunggang­an motosikal di jalan raya.

Selain itu, katanya kios turut dibuka yang mempamerka­n dan menjual pelbagai produk serta aksesori motosikal.

“Orang ramai sama ada mempunyai motosikal besar, kecil atau tidak mempunyai motosikal diajak bersama-sama datang bagi melihat sendiri KIBW serta menyaksika­n pertunjuka­n ‘stunt’ oleh Aaron serta acaraacara lain,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Karim ber- kata kemuncak festival adalah pada 14 Oktober di mana pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang hari seperti City Ride di mana para ‘bikers’ akan mengelilin­gi bandar raya ini bermula dari pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sehingga ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Pada malam pula akan menyaksika­n Malam Gala di Hotel Pullman, yang dijangka dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bersama komuniti ‘bikers’.

Karim berkata majlis ini akan diserikan dengan pertunjuka­n oleh model-model antara- bangsa seperti dari Ukraine, United Kingdom dan Eropah selain persembaha­n nyanyian oleh artis terkenal negara yang diundang khas iaitu legenda rock Malaysia, Amy Search dan Ezlynn.

Malah, KIBW kali ini juga menawarkan hadiah cabutan bertuah yang sangat lumayan kepada ‘bikers’ yang mendaftar sebagai Very Important Biker (VIB) serta menghadiri Malam Gala berkenaan, di mana berpeluang memenangi sebuah motosikal baharu Harley Davidson.

KIBW adalah dianjurkan oleh Iron Tiger Bikers Club Kuching serta disokong oleh kerajaan negeri dan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 ??  ?? KEMBALI LAGI: Karim (duduk, tiga kanan) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa penganjur KIBW 2017. Turut kelihatan Aaron (duduk, dua kanan).
KEMBALI LAGI: Karim (duduk, tiga kanan) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa penganjur KIBW 2017. Turut kelihatan Aaron (duduk, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia