Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik bengkel diarah bayar RM580 kepada pemilik kenderaan

-

BINTULU: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) mengarahka­n pemilik bengkel membayar RM580 sebagai ganti rugi dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda yang membaik pulih kenderaan di bengkel terbabit dalam keputusan pendengara­n kes tuntutan pengguna semalam.

Kes didengar oleh Presiden TTPM Stanley Eddy di pejabat KPDNKK Cawangan Bintulu berkaitan pengadu tidak puas hati dengan khidmat baik pulih enjin yang diberikan oleh sebuah bengkel di Bintulu.

Stanley berkata, TTPM berpuas hati dengan keterangan kes dan memutuskan responden (pemilik bengkel) sebagai pemilik premis, sama ada diri sendiri atau ejen yang menjalanka­n kerja baik pulih kenderaan di bengkel terbabit berdasarka­n kepada bukti, resit barang dikemukaka­n dengan ada bahagian perlu dibaiki lanjut dan ada beberapa bahagian dibaik pulih tidak memuaskan.

“Maka TTPM memutuskan responden membayar RM580 dalam tempoh 14 hari kepada pihak penuntut,” ujarnya dalam membacakan keputusan hasil pendengara­n kes terbabit semalam.

Terdahulu penuntut dan penentang mengemukak­an keterangan masing-masing dalam kes terbabit. Kronologi fakta kes itu menyebut mengenai kenderaan penuntut mengalami masalah enjin sebelumnya, seterusnya penuntut menyetujui dengan seorang pemilik bengkel agar kenderaann­ya berada di Tatau dihantar ke sebuah bengkel di Bintulu.

Kenderaan itu kemudian ditunda dari Tatau ke bengkel terbabit pada 25 Mei 2017. Setelah hampir dua bulan berada di bengkel terbabit, kerja baik pulih kenderaan tersebut masih belum dapat disiapkan.

Pemilik kenderaan pergi ke bengkel tersebut pada Jun selepas Hari Gawai untuk memeriksa kenderaann­ya namun pemilik kenderaan terbabit diminta membeli beberapa alat ganti kerosakan seterusnya meng- hantar alat ganti tersebut ke bengkel terbabit.

Begitupun kerja baik pulih pacuan empat roda tersebut seperti dijanjikan tetap tidak siap dan diberitahu untuk membuat pemeriksaa­n lanjut ke atas kenderaan itu tetapi penuntut enggan lalu membuat pembayaran pada 18 Julai 2017 kepada bengkel terbabit.

Setelah membuat pembayaran, penuntut ( pemilik kenderaan) mengambil keputusan mengeluark­an kenderaann­ya dari bengkel terbabit dan menghantar ke bengkel lain.

Setelah dibaik pulih di bengkel lain, kenderaan itu dapat diperbaiki dalam keadaan baik seterusnya dapat digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia