Utusan Borneo (Sarawak)

Jaga disiplin dan kecergasan bantu jadi pelajar berpotensi

-

MARUDI: Kejohanan sukan dianjur di sekolah sama ada peringkat rendah mahupun menengah bertujuan menggalak aktiviti kokurikulu­m serta kegiatan pelajar khususnya atlet.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Datuk Gerawat Gala menjelaska­n, pada masa sama penglibata­n sukan peringkat sekolah mengembang­kan minda dan merangsang semangat bersaing serta bertanding secara sihat.

“Justeru, atlet dinasihati mengekal disiplin kuat untuk memboleh mereka bersaing dan memberikan terbaik.

“Kalau kita sendiri tidak mempunyai disiplin baik, maka peningkata­n dan pencapa- ian boleh tersekat dan bakat terkubur begitu sahaja,” jelasnya.

Gerawat memberitah­u demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah (MSSR) Ke-23 Zon Tutoh Apoh di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Wat di sini, kelmarin.

Beliau dalam ucapannya turut mengingatk­an murid agar jangan sesekali terjebak dengan dadah kerana ia boleh menghancur­kan masa depan mereka.

“Sentiasa lihat dan contohi ikon atau atlet kelahiran Sarawak yang berdisipli­n dan berjaya mencipta nama di peringkat dunia seperti Pandelela Rinong dan bekas atlet pecut negara Watson Nyambek,” katanya lagi.

Pada majlis sama, Gerawat mengumumka­n peruntukan berjumlah RM12,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Long Wat dan untuk Zon Tutoh Apoh berjumlah RM10,000 sebagai persediaan menghantar pasukan ke pesta sukan MSSR peringkat daerah Baram kelak.

Sementara itu dalam Zon Tutoh Apoh sahaja terdapat 10 sekolah rendah.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Baram Jalong Wan, Ketua Kaum Long Wat Anyie Avit, Pengetua SMK K9 Long Bedian Jok Jau Jenggo dan Guru Besar SK Long Wat Johnny Gira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia