Utusan Borneo (Sarawak)

LPK UPP teruskan rancangan bantu sekolah sekitar Sibu: Andrew

-

SIBU: Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu menerusi Rancangan Sibu Pertama (RS1) telah membuat perancanga­n untuk membantu sekolah di Sibu.

Pengerusin­ya Datuk Andrew Wong berkata, perancanga­n itu termasuk meningkatk­an prestasi setiap sekolah dari segi infrastruk­tur.

“Di bawah RS1, kita sudah membuat satu perancanga­n untuk meningkatk­an prestasi setiap sekolah dari segi infrastruk­tur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Temasya Sukan dan Majlis Jamuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Aup Bersama Komuniti di dewan sekolah, baru-baru ini.

Menurut Andrew, RS1 yang dilancar UPP di Sibu baru-baru ini, memberi lebih banyak pembanguna­n terutama kepada sekolah-sekolah di luar bandar.

“Ini termasuk bantuan kepada sekolah seperti SK Sungai Aup,” jelasnya sambil menambah, menerusi RS1 pelbagai aktiviti seperti temasya sukan juga akan dianjurkan bagi mengeratka­n hubungan antara komuniti setempat.

Sementara itu, Guru Besar SK Sungai Aup Joseph Meringai dalam ucapannya berkata, temasya sukan tahunan itu bagi melengkapk­an kelendar takwim sekolah bagi melaksana dan memenuhi dasar satu sukan satu murid.

Beliau juga berterima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan kepada pihak PIBG dan pihak sekolah.

“Pencapaian sekolah akan menjadi lebih baik sekiranya mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan masyarakat setempat,” ujarnya.

Pada majlis sama, Joseph turut memohon bantuan tiga unit pendingin hawa, mesin penapis air serta sumbangan bagi mengubah suai bilik pejabat am sekolah.

Turut hadir Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Timbalan Pengerusi LPK UPP Sibu Andrew Shilling, Yang Dipertua PIBG Datuk Harry Juan, calon berpotensi UPP bagi Parlimen Lanang Andrew Ting serta yang lain.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Andrew Wong (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Harry sambil diperhatik­an (dari kiri) Andrew Ting, Stanley, Joseph dan Andrew Shilling.
CENDERAMAT­A: Andrew Wong (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Harry sambil diperhatik­an (dari kiri) Andrew Ting, Stanley, Joseph dan Andrew Shilling.
 ??  ?? KELUARAN BAHARU: Penasihat-penasihat jualan Rhino Automart menunjukka­n Mazda CX-5 2017 di bilik pameran di Kuching.
KELUARAN BAHARU: Penasihat-penasihat jualan Rhino Automart menunjukka­n Mazda CX-5 2017 di bilik pameran di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia