Kereta sapu Indonesia jejas pengusaha tempatan
Kereta sapu dari negara jiran kini semakin berleluasa beroperasi terutama di kawasan Tebedu dan Serian
KUCHING: Walaupun sering dibangkitkan malah disiar dalam beberapa akhbar nasional sebelum ini, kereta sapu dari negara jiran kini semakin berleluasa beroperasi terutama di kawasan Tebedu dan Serian.
Isu kemasukan kereta sapu dari negara jiran atau Kijang (teksi Indonesia) sebenarnya bukan isu baharu tetapi telah banyak kali disuarakan terutama oleh Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian.
Kereta sapu yang masuk menerusi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Tebedu kini semakin berani mengambil dan menghantar penumpang bukan sahaja di Tebedu malah Serian dan Kuching.
Memandangkan isu berkenaan masih lagi berlaku dan tiada tindakan diambil sehingga kini, Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian melalui jurucakapnya yang dikenali Bala sekali lagi menyuarakan masalah itu dan
Mereka telah beroperasi sejak enam tahun lepas dan persatuan telah membawa perkara ini kepada pengetahuan beberapa pihak berkaitan pengangkutan. Bala Jurucakap Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian
amat berharap pihak berkuasa mengambil tindakan kerana dikhuatiri melingkupkan mata pencarian pengusaha tempatan.
Beliau menegaskan, kereta sapu dari negara jiran itu bukan sahaja semakin berani bahkan dianggap memberi kesan kepada pendapatan dan mendatangkan kerugian kepada pengusaha kereta tempatan.
Katanya kereta sapu ‘Kijang’ itu telah beroperasi sejak enam tahun lepas dan persatuan telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak relevan tetapi sehingga kini masih belum ada tindakan diambil.
“Mereka telah beroperasi sejak enam tahun lepas dan persatuan telah membawa perkara ini kepada pengetahuan beberapa pihak berkaitan pengangkutan.
“Namun sehingga kini masih belum ada tindakan. Kereta sapu dari negara jiran ini malahan tidak hanya beroperasi pada musim tertentu bahkan setiap hari membawa penumpang,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, barubaru ini.
Bala menegaskan, jika tidak dibendung ia pasti menjejaskan mata pencarian pengusaha kereta sewa tempatan yang beroperasi secara sah.
“Cadangan kami untuk menghentikan semua Kijang ( teksi Indonesia) dan bas ekspres yang menunggu dan membawa penumpang dari Tebedu ke Serian dan Kuching.
“Biarlah pengusaha kereta sewa cari makan. Bas ekspres boleh menghantar penumpang ke Miri tetapi kami hanya ada kawasan terhad,” tegasnya.
Bala mendakwa mereka menggunakan teksi haram untuk membawa dan meng- hantar penumpang kepada bas.
Beliau memberitahu, persatuan yang kini mempunyai seramai 73 ahli telah menyuarakan masalah itu beberapa kali kepada pihak atau agensi bertanggungjawab.
Persatuan berharap tindakan akan diambil segera bagi mengelakkan pengusaha tempatan yang sah lingkup daripada perkhidmatan mereka.