Utusan Borneo (Sarawak)

UPMKB bina laluan pejalan kaki berbumbung di SK Sungai Tisang

-

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) berjaya menganjur projek tanggungja­wab sosial korporat ( CSR) membina laluan pejalan kaki berbumbung di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tisang di sini baru-baru ini.

Simbolik perasmian projek pembinaan di bawah CSR UPMKB untuk SK Sungai Tisang itu telah disempurna­kan oleh Timbalan Dekan (Pembanguna­n Taman Universiti) UPMKB Dr Ong Kian Huat.

Hadir menyaksika­n perasmiann­ya Guru Besar SK Sungai Tisang Mohamed Khaidir Mohamed Arebi, Pengarah Ecofit 1.0 Khalid Nawi, Presiden Undergroun­d (UGR) Bintulu Felix Entri, murid, guru, wakil penderma korporat, wakil UGR Bintulu dan staf UPMKB.

Dr Ong berkata, pembinaan projek itu merupakan hasil sumbangan dana daripada badan korporat dan individu untuk Eco-Fit Road & Trail Challenge 1.0 pada 12 Mac lepas di UPMKB.

“Tanpa sumbangan itu, projek ini tidak akan dapat dilaksanak­an,” ujarnya dalam kenyataann­ya di sini semalam.

Pada majlis sama turut dilancar Eco- Fit 2.0 yang akan diadakan pada 11 Mac 2018 (Ahad) dengan sasaran untuk mendapat seramai 600 peserta.

Sumbangan program itu juga akan diguna untuk CSR UPM Kampus Bintulu.

Dalam pada itu katanya, projek CSR pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung menghubung­kan bangunan bilik darjah dengan kantin sekolah itu

bertujuan menyenangk­an murid sekolah terbabit bergerak membeli makanan sekali gus melindungi mereka semasa hari hujan mahupun waktu panas.

Katnya laluan pejalan kaki berbumbung itu adalah sejauh 104 kaki yang menelan kos RM13,000 (tidak termasuk kos buruh).

“Kerja pembinaann­ya dilakukan selama enam hari dengan melibatkan staf dan pelajar UPMKB, ahli UGR serta guru sekolah SK Sg Tisang,” jelasnya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Anggota bomba dan kakitangan New World bergambar selepas latihan kebakaran dijalankan.
UNTUK ALBUM: Anggota bomba dan kakitangan New World bergambar selepas latihan kebakaran dijalankan.
 ??  ?? KEMUDAHAN: Laluan pejalan kaki berbumbung yang dibina oleh UPMKB untuk kemudahan murid dan guru SK Sungai Tisang.
KEMUDAHAN: Laluan pejalan kaki berbumbung yang dibina oleh UPMKB untuk kemudahan murid dan guru SK Sungai Tisang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia