Utusan Borneo (Sarawak)

Program kesedaran kebakaran wajar didedah kepada murid

-

SRI AMAN: Program kesedaran kebakaran bukan hanya dilaksana di kawasan rumah panjang, kampung serta kawasan perumahan sahaja sebaliknya ia wajar didedah kepada murid.

Pegawai Kanan Bomba II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Jilin Itar berkata, pendedahan mengenai aspek keselamata­n kebakaran ini perlu diterapkan kepada murid kerana malapetaka seperti kebakaran boleh berlaku di mana sahaja.

“Kebakaran bukan hanya boleh berlaku di rumah pan- jang, rumah persendiri­an, taman perumahan, sekolah dan sebagainya sebaliknya ia boleh berlaku di mana sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kesedaran Keselamata­n Kebakaran anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman dekat sini semalam.

Jilin menambah, kesedaran kebakaran perlu diterapkan kepada golongan murid sekolah kerana mereka juga terdedah kepada kebakaran yang boleh berlaku pada bilabila masa.

Sementara itu, Guru Besar sekolah berkenaan, Dahlan Ham turut melahirkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman atas penganjura­n program yang banyak memberi maanfaat kepada sekolah dan guru.

“Saya melihat program yang diadakan ini dapat memberi latihan kepada murid dalam menghadapi situasi kecemasan seperti berlakunya kebakaran,” jelasnya. MIRI: Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong menjalanka­n latihan kecemasan di pasar raya New World, Lutong di sini, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata latihan dijalankan kira-kira pada jam 3 petang itu melibatkan tujuh anggota BBP Lopeng diketuai Pegawai Bomba (PB) Wan Sakawi.

“Seramai 25 kakitangan New World terlibat dalam latihan pengosonga­n bangunan dan praktikal memadam kebakaran menggunaka­n alat pemadam api.

“Pasukan bomba hadir menyampaik­an taklimat tatacara penggunaan alat pem- adam api dan memadamkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Turut hadir sebagai pegawai pemerhati simulasi ialah Ketua Balai BBP Lopeng Penolong Kanan Penguasa Bomba Terry Robson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia