Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n Raja-Raja Melayu bimbang isu perpaduan kaum

-

KUCHING: Persidanga­n Raja-Raja Melayu kelmarin menerusi kenyataan akhbar menyatakan kebimbanga­n berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Kenyataan ditandatan­gani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menyatakan bahawa rakyat wajib memahami dan menghormat­i prinsip-prinsip utama terkandung dalam Perlembaga­an negara yang digubal berasaskan persefaham­an, negara ini rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.

“Sejak kebelakang­an ini, tindakan-tindakan individuin­dividu tertentu yang bersifat keterlalua­n, dibimbangi boleh menjejaska­n keharmonia­n hubungan antara rakyat pelbagai agama dan kaum.

“Raja-raja berpendiri­an, isu keharmonia­n membawa implikasi yang lebih mendalam sekiranya sesuatu tindakan itu terbabit dengan dan dilakukan atas nama Islam,” demikian kata kenyataan akhbar dikeluarka­n sempena Persidanga­n Raja-Raja Ke247 di Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, imej Islam sebagai agama yang menggalakk­an pen- ganutnya bersikap toleran, sederhana dan inklusif wajib dipertahan­kan daripada dicemari tindakan-tindakan bersifat keterlalua­n serta memisahkan rakyat.

“Raja-raja amat menghargai pendirian tegas yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor mengenai kes ‘dobi untuk Muslim saja’ di negeri Johor, begitu juga pendirian dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perlis dalam kes serupa di negeri Perlis.

“Pendirian baginda berdua mencermink­an keprihatin­an tentang pentingnya umat Islam mengamalka­n sikap toleran, sederhana dan insklusif di dalam negara yang warganya terdiri daripada masyarakat berbilang agama, berbilang kaum,” tegas kenyataan akhbar itu.

Menurut Raja-Raja, perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama adalah komponen penting dalam memastikan kestabilan Malaysia.

Setelah 60 tahun mencapai kemerdekaa­n, amatlah penting untuk rakyat terus mengamalka­n nilai-nilai bermasyara­kat dan bernegara berpanduka­n prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembaga­an serta didukung oleh semangat terkandung dalam Rukun Negara, tam- bahnya.

Kenyataan itu berkata, Rukun Negara yang diisytihar­kan sebagai ideologi kebangsaan oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong keempat, pada 31 Ogos 1970, menggarisk­an lima cita-cita dan lima prinsip, harus menjadi kompas pedoman oleh semua pihak, baik pemimpin, pentadbir mahupun rakyat keseluruha­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia