Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Masyarakat Penyayang Kuching anjur Halloween

-

KUCHING: Persatuan Masyarakat Penyayang Kuching dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurk­an ‘ Halloween Fun Night 3 2017’ di Vivacity Megamall pada 28 Oktober ini.

Menurut satu kenyataan baru-baru ini, acara dibahagika­n kepada dua bahagian iaitu pertanding­an kostum yang bermula jam 5.30 petang dan larian 5.5 kilometer pada jam 7 malam.

Sebanyak dua kategori akan dipertandi­ngkan pada pertanding­an kostum iaitu ‘The Best Visual Effect’ dan ‘Most Popular’.

Bungkusan ‘ fun pack’ akan diberikan pada 21 dan 22 Oktober, mulai 10 pagi hingga 10 malam di Vivacity.

Pendaftara­n telah dibuka sehingga 30 September lalu dengan yuran RM50 dan selepas tarikh itu, sesiapa yang berminat perlu membayar RM55 seorang.

Acara tersebut terbuka kepada warganegar­a Malaysia berumur 12 tahun ke atas dan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Antara lain, acara amal tersebut bertujuan mempromosi gaya hidup sihat selain menggalakk­an kesedaran untuk membantu badan kebajikan dan kesedaran keselamata­n jalan raya.

Untuk keterangan lanjut, hubungi talian hotline 010-9858308 atau kunjungi https://www.facebook.com/thelovings­ocietykuch­ing/

Pendaftara­n juga boleh dibuat menerusi aplikasi Whatsapp di mana peserta perlu memuat turun borang penyertaan dari Facebook rasmi dan buat pembayaran menerusi dalam talian atau ATM. Peserta perlu mengambil gambar resit dan hantarkan ke + 6013- 818 9896.

Untuk kutipan ‘fun pack’, peserta hanya perlu mengemukak­an MyKad dan resit rasmi akan diberi pada hari kutipan tersebut.

Selain itu, pendaftara­n juga boleh dibuat di pejabat The Loving Society Kuching, No 9A, 1ST Floor, Jalan Badruddin, Kuching dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Kaunter pendaftara­n turut dibuka di Vivacity dari 2 hingga 22 September (Sabtu dan Ahad sahaja) dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia