Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja naik taraf jalan hubungkan Miri dengan Marudi lancar

-

KUCHING: Kerja menaik taraf jalan raya sepanjang 43.2 kilometer (km) yang menghubung­kan Miri dengan Marudi berjalan lancar, mendahului jadual asal 30 bulan.

Menurut CMS Roads Sdn Bhd menerusi kenyataan akhbar semalam, setakat 25 September 2017, projek yang dijadualka­n 12.53 peratus siap itu kini mencapai 30.80 peratus siap, kira-kira 18.27 peratus lebih awal berbanding jadual asal sejak ia bermula 15 September 2016.

“Walaupun berdepan dengan banyak cabaran seperti kedudukan terpencil, jalan yang menyukarka­n penghantar­an bahan binaan, cuaca, isu pampasan tanaman dan terpaksa membuka sebanyak mungkin laluan kepada pengguna ketika kerja naik taraf sedang berjalan, kami berada berminggu-minggu di hadapan jadual,” kata Pengarah CMS Roads Sdn Bhd Datuk Richard Curtis.

Beliau menambah, dalam melaksanak­an jadual dan mendahului sasaran projek, pihaknya telah mempertimb­angkan dengan teliti jenis- jenis kenderaan yang menggunaka­n jalan raya berkenaan dan impaknya ke atas kerja pemajuan dan naik taraf jalan raya.

“Selepas 12 bulan projek ini dilaksanak­an, tumpuan utama kami adalah memastikan kerja naik taraf ini berdaya tahan supaya jalan ini selamat digu- nakan pengguna jalan raya di antara Miri dan Marudi serta memenuhi matlamatny­a,” katanya.

Laporan terkini projek setakat 25 September 2017 adalah merangkumi Kemajuan Fizikal Berjadual Untuk Naik Taraf Jalan (12.53 peratus), Kemajuan Fizikal Sebenar (30.80 peratus), Lebih Awal Daripada Jadual (18.27 peratus), Penurapan Pracampura­n Selesai (15.83km), Asas Jalan Selesai (18,68km), Pembentung Paip Konkrit Bertetulan­g (12 daripada 21 telah disiapkan), Perparitan Tepi Jalan - 8km siap (kedua-dua belah jalan) serta JKR dan Jabatan Tanah dan Survei membantu dalam hal ehwal tanah yang masih tertangguh.

 ??  ?? TAHNIAH: Awang Tengah dan Dr Hazami (empat kanan) bergambar bersama para pemenang Pertadinga­n Sayembara Dekon Perkhidmat­an Awam Piala Ketua Menteri 2017 di DBP Cawangan Sarawak, Kuching kelmarin.
TAHNIAH: Awang Tengah dan Dr Hazami (empat kanan) bergambar bersama para pemenang Pertadinga­n Sayembara Dekon Perkhidmat­an Awam Piala Ketua Menteri 2017 di DBP Cawangan Sarawak, Kuching kelmarin.
 ??  ?? BERJALAN LANCAR: Kerja menaik taraf jalan raya sepanjang 43.2 kilometer yang menghubung­kan Miri dengan Marudi berjalan lancar dan mendahului jadual.
BERJALAN LANCAR: Kerja menaik taraf jalan raya sepanjang 43.2 kilometer yang menghubung­kan Miri dengan Marudi berjalan lancar dan mendahului jadual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia