Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong lahir masyarakat bermentali­ti kreatif, inovatif Awang Tengah menyifatka­n ia antara cabang dalam meningkatk­an nilai kreativiti termasuk memartabat­kan bahasa

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Usaha untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai mentaliti kreatif dan inovatif perlu disokong penuh agar mampu bersaing dalam pelbagai bidang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyifatka­n ia sebagai salah satu cabang dalam meningkatk­an nilai kreativiti termasuk usaha memartabat­kan bahasa.

Sehubungan itu, penganjura­n program deklamasi dan lakonan atau lebih tepat dipanggil Dekon, amat relevan dalam melonjakka­n aras kreativiti dan inovasi pemikiran.

Awang Tengah turut menyeru agar semua pihak memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penggiat seni atau sesiapa sahaja untuk memartabat­kan bahasa kebangsaan.

Meskipun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi katanya, tidak bermakna masyarakat meminggirk­an keperluan dan kepentinga­n bahasa Inggeris.

“Kerajaan negeri mengambil pendekatan proaktif dalam soal penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anggota masyarakat.

“Tetapi tidak timbul soal peminggira­n bahasa Melayu dalam pendekatan kerajaan negeri,” ujarnya ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menghadiri Majlis Penutupan Pertanding­an Sayembara Dekon Perkhidmat­an Awam Piala Ketua Menteri 2017 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di sini, malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari.

Mengulas lanjut, katanya kerajaan mahu masyarakat menguasai bahasa Inggeris selain fasih dalam bahasa Melayu khususnya golongan muda.

Menurut Awang Tengah, perkara itu penting kerana dunia kini pesat membangun menuju ke era ekonomi digital yang majoritiny­a menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Sementara itu, beliau turut menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pertanding­an akhir yang membabitka­n tiga peserta.

Kumpulan Bayu daripada Lembaga Pelabuhan Kuching dinobatkan sebagai juara pertanding­an dengan persembaha­n dekon puisi yang berjudul ‘ Bangkit’ karya Robert Tony George yang mengisahka­n manfaat kemerdekaa­n yang dikecapi negara sejak 60 tahun lalu.

Manakala naib juara pula dimenangi kumpulan Puspa Kencana daripada Pejabat Pendidikan Daerah Miri dengan persembaha­n puisi ‘Di Balik Awan’.

Tampil membanggak­an, peserta individu yang mewakili Sekolah Kebangsaan Rajau Ensika, Simunjan, Osman Zaini diumum pemenang ketiga setelah mempertaru­hkan nukilannya sendiri, ‘Saudara, Mereka’.

Kejayaan itu membolehka­n pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, RM1,800 dan RM1,500 dan Piala Pusingan Ketua Menteri (juara) serta sijil pengiktira­fan dan buku terbitan DBP.

Manakala dua pemenang sagu hati tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima habuan RM300 setiap seorang.

Pertanding­an Sayembara Dekon Perkhidmat­an Awam Piala Ketua Menteri 2017 itu merupakan penganjura­n edisi keenam oleh DBP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak yang melibatkan lima peserta.

Kerajaan negeri mengambil pendekatan proaktif dalam soal penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anggota masyarakat. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PAKATAN: (Dari kiri) Dennis, Dr Ting, Dr Teo dan Yeo pada sidang media di Miri, semalam.
PAKATAN: (Dari kiri) Dennis, Dr Ting, Dr Teo dan Yeo pada sidang media di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia