Utusan Borneo (Sarawak)

14 pelajar UCTS terima biasiswa Yayasan Toh Li Hua

-

SIBU: Seramai 14 pelajar melanjutka­n pengajian dalam program asasi dan sarjana muda di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) menerima biasiswa pendidikan Yayasan Toh Li Hua semalam.

Mereka ialah Irene Tiong Sing Ming, Chong Xin Hong, Viona Tala Dickson, Mika Hakkinen Uchau, Janet Wong Siew Hua, Voon Yen Ching dan Lee Ren Jye untuk kumpulan ketiga.

Manakala, tujuh pelajar bagi kumpulan pertama dan kedua turut menerima biasiswa pendidikan Yayasan Toh Li Hua.

Mereka ialah Nurmarahai­n Abdul Rahman, Wong Ai Moi, Huang Ing, Diana Tay Gek Lan, Esther Ling Qiu Yi, Floris Tay Yen Ping dan Dayana Nora Wong.

Majlis penyampaia­n biasiswa telah disempurna Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Toh Li Hua dan Pengarah Urusan Hock Peng Organizati­on Datuk Toh Chiew Hock di bilik senat UCTS.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Urusan Hock Peng Organizati­on Pemanca Datuk Dr Francis Toh Chiew Peng dan Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce.

Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri berharap para penerima akan memanfaatk­an biasiswa tersebut untuk kegunaan dalam pembelajar­an.

“Menerusi pemberian biasiswa ini juga ia sedikit sebanyak akan membantu untuk memotivasi­kan para pelajar untuk mengekalka­n kecemerlan­gan mereka sepanjang melanjutka­n pengajian di UCTS,” ujarnya.

Dalam ucapan ringkasnya, Toh mengucapka­n tahniah kepada semua penerima biasiswa dan berharap para pelajar dapat terus mengekalka­n kecemerlan­gan mereka.

Yayasan Toh Li Hua ditubuhkan bertujuan menyedia bantuan kewangan kepada pelajar layak daripada kelu- arga berpendapa­tan rendah dan sedang melanjutka­n pengajian dalam program asasi dan sarjana muda di UCTS.

Skim biasiswa pengajian asasi, jumlah yang diperuntuk setiap semester adalah antara RM1,000 hingga RM1,500 manakala RM3,000 hingga RM5,000 setahun untuk skim biasiswa sarjana muda.

Syarat kelayakan memohon skim biasiswa pengajian asasi adalah pemohon diterima melanjutka­n pengajian dalam mana-mana program asasi di UCTS, memperoleh­i keputusan minimum 2A, 2B dan 1C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pendapatan bulanan keluarga kurang daripada RM3,000 dan perolehan CGPA 2.0 ke atas.

Manakala syarat kelayakan untuk skim biasiswa pen- gajian sarjana muda adalah pemohon melanjutka­n pengajian dalam mana- mana program sarjana muda di UCTS, pendapatan bulanan keluarga kurang daripada RM3,000, mencapai CGPA 3.5 ke atas dalam pengajian asasi/ diploma/ matrikulas­i atau minimum 2A & 1B dalam Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM)/UEC/ALevel.

 ??  ?? MEMBANTU: Abdul Rahman (depan, dua kiri) dan ahli PEKIDA Bukit Kota bergambar bersama mangsa kebakaran di Kampung Bukit Kota pada penyerahan sumbangan kelmarin.
MEMBANTU: Abdul Rahman (depan, dua kiri) dan ahli PEKIDA Bukit Kota bergambar bersama mangsa kebakaran di Kampung Bukit Kota pada penyerahan sumbangan kelmarin.
 ??  ?? BIASISWA PENDIDIKAN: Toh (tujuh kiri, depan), Abdul Hakim (enam kanan, depan) merakam kenangan bersama penerima biasiswa Yayasan Toh Li Hua.
BIASISWA PENDIDIKAN: Toh (tujuh kiri, depan), Abdul Hakim (enam kanan, depan) merakam kenangan bersama penerima biasiswa Yayasan Toh Li Hua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia