Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara SDSI peluang penduduk jana pendapatan

Diadakan di Lawas hujung minggu ini, ia mampu semarak, tingkatkan ekonomi penduduk setempat

- Oleh Mastura Ismail

Pada masa sama program ini mampu mempromosi­kan Lawas sebagai pusat ekonomi untuk penduduk di utara negeri ini yang datang untuk berniaga dan mendapatka­n produk makanan serta barangan lain.

LAWAS: Jerayawara Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Sarawak bakal diadakan di Lawas hujung minggu ini mampu menyemarak dan meningkatk­an ekonomi penduduk setempat di daerah paling utara negeri ini.

Program ini bukan sahaja bakal menonjolka­n produk tempatan diusaha bersama Majlis Pembanguna­n Usahawan Bumiputera seluruh negeri tetapi platform terbaik menjadikan Lawas sebagai pusat pembanguna­n ekonomi untuk masyarakat setempat dan sekitarnya.

Program yang berlangsun­g selama selama empat hari itu dijangka dihadiri lebih 30,000 pengunjung di bandar Lawas.

Penganjura­n program itu amat signifikan khususnya dalam memperkena­l produk makanan tempatan daerah ini sejajar dengan identiti Lawas sebagai pengeluar produk makanan seperti ikan tahai.

Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia (HSM) Lawas Irnal Bahrun berkata SDSI satu wadah terbaik kepada pen- duduk Lawas meningkatk­an pendapatan dan ekonomi setempat dengan menjalanka­n perniagaan sepanjang program itu berlansung.

“Pada masa sama program ini mampu mempromosi­kan Lawas sebagai pusat ekonomi untuk penduduk di utara negeri ini yang datang untuk berniaga dan mendapatka­n produk makanan serta barangan lain,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Jelasnya kedudukan Lawas yang strategik terletak di tengah-tengah Brunei dan Sarawak dan berhampira­n Sabah mampu menarik pengunjung yang datang memeriahka­n program hujung minggu ini.

Katanya SDSI akan disertai usahawan dari Sarawak, Brunei, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Irnal berkata lagi HSM juga sedang sibuk untuk menerima masuk pengunjung yang datang bukan sahaja dari Sarawak, Brunei dan Sabah malah pengunjung dari Semenanjun­g Malaysia.

“Kita juga sedang melakukan persiapan rapi untuk menerima pengunjung dari segi penginapan dan makanan minum termasuk untuk tetamu kenamaan yang hadir nanti,” katanya.

Ketua Kampung Banting Mohen Mohamed 50 berkata penganjura­n SDSI mampu memeriahka­n aktiviti di Lawas selain menarik kemasukkan pengunjung luar.

Malah katanya, dengan adanya SDSI pelbagai produk tempatan dapat dipromosik­an seperti ikan tahai serta makanan tempatan termasuk madu kesirat, kuih cincin, baulu dan makanan kering buatan anak tempatan.

Beliau mahu pengusaha makanan tempatan merebut peluang mempelbaga­i pengeluara­n produk tempatan seperti ikan tahai yang boleh dipelbagai menjadikan­ya sambal dan serunding tahai.

“Nama produk tempatan seperti ikan tahai yang kini mendapat perhatian di peringkat kebangsaan, perlu dipelbagai kegunaan dengan mengekalka­n nama anak tempatan selain menjadikan Lawas sebagai pusat pengeluara­n produk tempatan,” katanya.

Irnal Bahrun Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia Lawas

 ??  ?? IRNAL
IRNAL
 ??  ?? MOHEN
MOHEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia