Utusan Borneo (Sarawak)

Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan

-

SHAH ALAM: Saksi perbicaraa­n kes bunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, memberitah­u mahkamah semalam bahawa seorang daripada tertuduh, Siti Aisyah, dilihat melalui CCTV berlari ke arah tandas selepas ‘menyerang’ mangsa.

“Siti Aisyah berlari ke arah tandas di Aras 2, sambil ‘ merenjis- renjis’ tangannya seolah-olah dia tengah kepanasan,” kata Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/ KLIA Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz.

Pegawai polis itu memberi keterangan pada perbicaraa­n kes bunuh Jong-nam, pada, 13 Feb lalu di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Beliau berkata menurut pemerhatia­nnya, berdasarka­n rakaman CCTV, didapati Siti Aisyah bergegas ke tandas melalui satu lorong selepas melakukan ‘serangan’ ke atas Jong-nam.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddi­n Wan Ladin semasa pemeriksaa­n utama, Wan Azirul Nizam berkata Siti Aisyah juga mengelak untuk memegang pemegang eskalator ketika turun dari Aras 3 ke Aras 2 untuk menuju ke tandas.

“Menurut rakaman CCTV lagi, Siti Aisyah keluar dari tandas sambil memakai skarf yang diambil keluar daripada beg galas,” katanya.

Beliau berkata, tertuduh warga Vietnam Doan Thi Huong pula selepas melakukan ‘serangan’ ke atas mangsa sama kelihatan tergesa-gesa beredar dari tempat kejadian dan pergerakan tangannya juga dilihat tidak selesa.

“Kedua- dua tangannya seperti menadah dan dia seolah- olah mengelakka­n bahagian lengan bajunya daripada terkena tapak tangannya. Saya lihat wajahnya seperti cemas dan mahu keluar dari situ dengan segera.

“Daripada pemerhatia­n saya juga, Doan seperti sudah sedia maklum dan tahu apa yang dia perlu lakukan selepas serangan itu kerana dia bergegas ke tandas di Aras 2 iaitu anggaran jarak kira-kira 80 hingga 100 meter dari tempat kejadian (Aras 3),” katanya.

Menceritak­an lebih lanjut, Wan Azirul Nizam berkata sebelum masuk ke dalam tandas, keadaan Doan masih seperti sama iaitu tangannya kadang- kadang terangkat, kadang- kadang ke bawah seperti mahu mengelakka­n tapak tangannya terkena pada mana-mana bahagian badan atau pakaian.

“Dia yang masuk ke dalam tandas pada jam 9.02 pagi bagaimanap­un keluar selepas seminit dan tangannya seperti normal dan lebih relaks tetapi dia masih berjalan laju. Kemudian dia juga terus menuju ke Aras 1 iaitu di bahagian Hab Pengangkut­an Awam sambil menggunaka­n telefon bimbit dan menuju ke pintu keluar dan menunggu untuk teksi.

“Rakaman CCTV juga mendapati Doan membeli tiket teksi di kaunter penjualan tiket jam 6.59 pagi hari kejadian sebelum serangan itu,” katanya sambil menambah bahawa Doan sampai di tempat menunggu teksi, dan Siti Aisyah juga tiba di tempat berkenaan pada jam 9.23 pagi dengan kelihatan cemas sebelum menaiki teksi,” katanya.

Menjawab soalan Wan Shaharuddi­n, saksi itu berkata Siti Aisyah juga berada di sebuah restoran ‘Bibik Heritage’ di Aras 2, bersama seorang lelaki memakai topi berwarna hitam sambil berbual-bual.

“Wanita itu juga kelihatan mesra... lelaki itu memesan minuman dan semasa berbual, juga memberi sekeping tiket kepada Siti Aisyah pada jam 8.14 pagi,” katanya.

Tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, didakwa bersama-sama empat yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan klia2 pada 9 pagi, 13 Feb lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia