Utusan Borneo (Sarawak)

Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 masuki tahun ke-10

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUALA LUMPUR: Program Lan Berambeh Anak Sarawak ( LBAS) 2017 melakar sejarah tersendiri pada edisi kali ini apabila genap 10 tahun usianya sejak dimulakan pada 2007.

Menerima kehadiran lebih 10,000 pengunjung sejak jam 8 pagi sehingga kemuncak atur cara program iaitu Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pada 7 Oktober lalu, Dewan Tun Razak dipenuhi dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada anak-anak Sarawak terutama penuntut institusi pengajian tinggi di Semenanjun­g Malaysia untuk menyertai Karnival Anak Sarawak.

Program tahunan itu dimulakan dengan ekspo kerjaya yang membuka peluang pekerjaan kepada penuntut Sarawak di sana.

Selain itu, sesi perkongsia­n tentang Pembiayaan Pen- didikan oleh Yayasan Sarawak juga menjadi pengisian awal sempena LBAS kali ini.

Manakala slot Randau Bersama Menteri turut menarik minat pengunjung untuk bertanya soalan serta berdialog secara terus bersama barisan pemimpin kerajaan negeri dan persekutua­n.

Di samping itu, golongan usahawan juga tidak ketinggala­n untuk diberi peluang memasarkan serta memperkena­lkan produk masing-masing pada ekspo berkenaan.

Kelibat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dalam sesi ‘Santai Bersama Abang Jo’ turut menarik perhatian ramai apabila diajukan pelbagai soalan berhubung perkembang­an pembanguna­n negeri dan dasar baharu ke arah pendigital­an Sarawak.

Pada sebelah malamnya pula, pelancaran program LBAS disempurna­kan Yang di- Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang diiringi isterinya Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi penganjur program Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta pemimpin-pemimpin negeri yang lain.

Majlis makan malam itu turut diselitkan dengan beberapa persembaha­n kebudayaan dan nyanyian daripada artis-artis kelahiran Sarawak.

 ??  ?? LAWAT PAMERAN: Abang Johari ditemani isterinya, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang ketika melawat pameran sempena LBAS 2017.
LAWAT PAMERAN: Abang Johari ditemani isterinya, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang ketika melawat pameran sempena LBAS 2017.
 ??  ?? NGAP SAYOT: Pameran jersi pasukan bola sepak Sarawak antara yang menarik minat pengunjung semasa Karnival Anak Sarawak sempena LBAS 2017.
NGAP SAYOT: Pameran jersi pasukan bola sepak Sarawak antara yang menarik minat pengunjung semasa Karnival Anak Sarawak sempena LBAS 2017.
 ??  ?? INGIN TAHU: Salah seorang peserta LBAS 2017 bertanya soalan kepada Abang Johari pada sesi Santai Bersama Abang Jo.
INGIN TAHU: Salah seorang peserta LBAS 2017 bertanya soalan kepada Abang Johari pada sesi Santai Bersama Abang Jo.
 ??  ?? UNIK: Persembaha­n tradisiona­l daripada kaum di Sarawak.
UNIK: Persembaha­n tradisiona­l daripada kaum di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia